Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Wednesday, July 30, 2014

The Ship is More Than the Crew

Teringat aku satu ketika pada 2011, sebuah picisan persitiwa semasa penyertaan aku dalam sebuah ekspo. Aku dan isteri, Ummi Diera serta adik-beradik yang lain, Wanny Alfonso, Ayu Uya dan Ahmad Khairul Anuar sejak 2009 yang bergerak bersama adalah jemaah niaga yang ‘gila join’ ekspo serta karnival. Impak daripada kegilaan itu, kini aku dan isteri menubuhkan Klasik Niaga Event dengan menganjurkan Karnival Jualan Usahawan Online yang bakal ‘beraksi’ untuk edisi kali ketiga pada 29-30 Ogos ini.

Berbalik pada ingatan aku pada 2011, dalam masa senggang selepas kesibukan aktiviti pemasaran dan jualan, aku didatangi seorang individu yang aku kira, berkemungkinan besar merupakan seorang Ustaz atau insan yang mempunyai ketokohan dalam bidang agama berdasarkan penampilan dan bait-bait percakapannya.

Beliau meneliti dan membelai elok deretan Pokok Kurma yang dipamerkan. Setelah memberi salam, beliau manyapa dalam bahasa Arab. Aku yang hanya pandai mengaji tetapi tidak memahami 99% perkataan Arab, hanya mampu nyerhonyeng tenang sambil mengangguk lemah konon-konon faham.

Gamaknya, disebabkan tiada respon balas dalam jangka masa yang sepatutnya, beliau menyambung dalam bahasa ibunda, “Anta dahulu belajar di mana? Mesir..? Syria..?”

Nyerhonyeng aku bertambah lebo sambil sopan menjawab, “Eh.. Idok Tuan.. Saye sekolah Cliifford je, nun kat Kwale Kangso nuu..”

Pada sangkaan aku (tak tahu le sangkaan aku ni baik atau buruk), disebabkan aku ni memasarkan Pokok Kurma, pada pengamatan beliau sudah tentulah aku ni individu yang memenuhi ciri-ciri pelajar lulusan universiti dalam pengajian agama atau paling tidak pun bekas pelajar sekolah agama mahupun pondok. Atau juga orang yang pernah menjejak kaki ke Tanah Arab atau Timur Tengah.

Dan dengan jawapan ‘Clifford’ yang aku bagi tu, memang konfemlah tiada ciri-ciri bunyi yang sama atau hampir sama dengan kearaban mahupun Timur Tengah. Maka, ketahuanlah beliau akan latarbelakang pendidikan aku. Cuma mungkin dia belum mengetahui status yang aku tak pernah ke luar negara, apatah lagi ke negara yang kaya dengan penanaman Pokok Kurma. Namun aku mempunyai impian bertulis untuk memijak Tanah Suci Kota Mekah dan bumi barakah para Anbia di wilayah Arab, Timur Tengah dan sebahagian benua Afrika.

Tak tahulah apa detikan perasaan beliau ketika itu sebelum berlalu dengan menyampaikan salam dan senyuman. Aku juga tak pasti peristiwa ini lucu ataupun sebaliknya, tapi bila dikenangkan sesorang, senyum simpul dan kadang ketawa kecil spontan aku dibuatnya.

Ketika melafazkan perkataan Clifford dalam jawapan balas, kosong perasaan aku ketika itu. Tapi bila disantuni kembali ingatan itu, sebenarnya, aku sangat berbangga dan bertuah yang aku adalah ‘Old Cliffordian’.

Penghargaan terima kasih tidak terhingga kepada ‘barisan kabinet’ penganjuran ‘Reunion Crew of 95/99’ sejak tahun 2006, Tuan Mohd Sazaliman, Tuan Az Leen, Tuan Zaidi Zamani, Tuan Azhari Zamin, Tuan Hanif Khadri, Tuan Chong Ka Foo, Tuan Sharul Fikri Aznir dan Tuan Hasmuni Ruknoor. Anda semua adalah individu yang luar biasa hebat kerana bertungkus lumus menyuburkan eratan silaturrahim sesama ‘Old Cliffordian’.



Dan atas keperihatinan ‘barisan kabinet’ ini saban tahun, malam ini ‘berlonggok’lah kita ‘menghurungi’ medan tautan ukhuwwah sekali lagi. Kali ini di dewan exam kita dolu-dolu, Dewan Hamdan. Jumpa malam ni ya..!



Hadiah untuk para pemenang Cabutan Bertuah sempena 'Old Cliffordian Reunion Crew of 95/99' pada malam ini : Kerepek ANGAU dan POKOK KURMA 'Made In Malaysia'Walaupun ianya sumbangan kecil, moga mendatangkan manfaat yang besar kepada para pemenang dan pemiliknya kelak. 


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : The Ship is More Than the Crew.  

No comments: