Asalnya satu pertemuan sahaja hari ini. Tapi rezeki aturan Allah di waktu Dhuha, dikurniakan dua pertemuan sekaligus. Satu pertemuan dirancang, satu lagi pertemuan spontan on the spot.
Pertemuan dengan Cikgu Che Mat (berbaju putih) dari Manong sempena KEMBARA RAMADHAN IPOH - KUALA KANGSAR - IPOH telah dirancang sejak minggu lepas setelah berkenalan lebih 2 minggu di alam maya. Syukur, pertemuan yang dirancang berjaya membantu beliau dalam pemilikan Pepohon Tamar dan supplimen BIO-ORGANIK.
Semasa kami berurusan di tepi Pasar Mini KOHALAL Kuala Kangsar itulah muncul secara spontan Tuan Haji Zainuddin (berbaju biru) dari Padang Assam yang kebetulan baru selesai membeli belah di KOHALAL. Setelah turut serta dalam sesi perkongsian info Pokok Kurma di antara kami dengan Cikgu Che Mat, tidak semena-mena Haji Zainuddin pun turut berhajat memiliki kedua-duanya, Pokok Kurma dan supplimen BIO-ORGANIK.
Moralnya di sini, rezeki Allah itu ada di mana-mana. Tugas kita hanya minta, mohon, rayu dan bodek berhempas pulas semahu-mahunya Yang Maha Memberi tu. Tambah pula sekarang Ramadhan kan.
Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/
ST : Terima kasih dan tahniah Cikgu Che Mat serta Tuan Haji Zainuddin.
20 JULAI 2014
Terkesan dengan pemilikan Pokok Kurma adik beliau (seperti pada pautan http://syfultamar.blogspot.com/2014/07/pohon-tamar-sempena-ramadhan-1435-h.html) sebelum ini, Puan Hajjah Zakiah Binti Abd Rahman juga tidak mahu ketinggalan dalam pemilikan tersebut. Beliau merupakan pemilik Pokok Kurma kedua selepas Tuan Haji Sabri Bin Ahmad di Kampung Kolam, Kuala Kangsar.
Pemilikan Pokok Kurma PAKEJ DIRHAM oleh beliau merupakan penutup bagi KEMBARA RAMADHAN IPOH - KUALA KANGSAR - IPOH. Ianya sekaligus penutup bagi misi KEMBARA RAMADHAN sempena Ramadhan 1435 H.
Misi seterusnya adalah KEMBARA RAYA. Lokasi manakah yang terpilih di Semenanjung ini..?
Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/
ST : Pantai Timur berkemungkinan besar disenarai dalam KEMBARA RAYA kali ini.
Misi seterusnya adalah KEMBARA RAYA. Lokasi manakah yang terpilih di Semenanjung ini..?
Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/
ST : Pantai Timur berkemungkinan besar disenarai dalam KEMBARA RAYA kali ini.
No comments:
Post a Comment