Proses terakhir penanaman Pokok Kurma : menarik keluar saki baki potongan beg poli
Ianya diwakafkan oleh Tuan Haji Yani dari Taman Chepor Indah. Beliau jugalah orang yang bertanggungjawab dalam pewakafan Pepohon Tamar di Surau Al-Falah sebelum ini (seperti pada pautan http://
Terima kasih Tuan Haji Yani sudi berwakaf kedua kali, terima kasih Tuan Din sebagai perantara dan terima kasih Tuan Shahiran sudi menemani sepanjang penanaman.
Tuan Shahiran individu pertama di Desa Chemor Impian yang 'berkenalan' dengan Pokok Kurma Madu ini.
Tahniah pihak jawatankuasa Surau Nur 'Ain atas pemilikan Pokok Kurma Madu. Akan kami pantau secara berkala kerana perlaksanaan wakaf Pokok Kurma oleh Tuan Haji Yani adalah PAKEJ DINAR.
Wahai Pokok Kurma, hiduplah anda dengan subur, sihat dan segar bugar agar memberi manfaat yang banyak kepada khairiah Surau Nur 'Ain. Insha Allah.
Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://
ST : Sekiranya anda berhajat mewakafkan Pohon Tamar kepada mana-mana masjid atau surau, sila PM kami untuk info dan diskusi lanjut. Insha Allah kami sedaya upaya menjadi pemudahcara akan hajat tersebut.
No comments:
Post a Comment