Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Sunday, July 27, 2014

Rangkuman KEMBARA RAYA IPOH - KLANG - PUTRAJAYA - IPOH

25 JULAI 2014





Begitulah situasi 30 Pokok Kurma pelbagai spesis yang menumpang teduh bersama barangan lain di bonet kami. Ianya khusus untuk memenuhi permintaan dan sambutan KEMBARA RAYA IPOH -KLANG - PUTRAJAYA - IPOH.

KEMBARA RAYA IPOH - KETEREH - KB dibatalkan akibat tiada permintaan. Begitu juga KEMBARA RAYA IPOH - KUANTAN tiada sambutan. KEMBARA RAYA IPOH - KUALA KANGSAR juga masih belum bersenarai. Namun syukur, Allah alihkan limpahan rezeki kepada KLANG dan PUTRAJAYA.


Bertolak dari Ipoh jam 7.00 malam dan tiba di Restoran Jejantas Sungai Buloh jam 9.40 malam. Rehat, mamam dan solat. 


ST : Lama tak pekena Sate Kajang. Sedaaappp.. 



Pemilikan Pertama




Pemilik pertama Pokok Kurma bagi misi KEMBARA RAYA kali ini adalah pasangan suami isteri, Tuan Wakiman dan Puan Junaidah dari Sungai Buloh.

Perjumpaan di Restoran Jejantas Sungai Buloh selepas terawih, membantu pasangan ini memiliki Pokok Kurma Mariami dan 500ml Supplimen BIO ORGANIK.

Pertemuan mesra yang singkat. Perkongsian info yang padat. Bagi kami, ianya umpama mengulangkaji pengetahuan yang sedia ada. Bagi pasangan ini pula, ianya bak menerima ilmu yang baru. Kami saling memberi dan menerima manfaat. 

Pokok Kurma sempena Aidilfitri ini akan dialih tanam pada minggu hadapan selepas Tuan Wakiman dan Puan Junaidah serta anak-anak pulang beraya dari Singapura.

Insha Allah, kita dikurniakan keselamatan dan kesejahteraan sepanjang perjalanan pergi serta pulang ke destinasi tujuan masing-masing sempena Aidilfitri ini. 


ST : Terima kasih Puan Junaidah dan Tuan Wakiman atas pemberian Duit Raya kepada waris-waris kami. Insha Allah rezeki anda berdua melimpah ruah seadanya. 



Pemilikan Kedua



Selepas pertemuan dengan pemilik pertama, kami terus ke lokasi pertemuan dengan pemilik kedua di Hentian Duta.

Wuuiihh.. Hentian Duta.. Padat dengan kenderaan yang masuk-masuk tapi tak keluar-keluar (jammed teruk le tu). Kereta, teksi, bas… Pusuan yang tersekat-sekat. Mana idoknye, bahang balik beraya di kampung sudah bermula. Motorsikal juga yang untung. Dapat cilok mencilok. 


Hampir sejam berada di Jalan Duta, tercari-cari ruang memberhentikan kenderaan, barulah kami berpeluang bertemu dengan pemilik kedua yang datang dengan 2 orang sahabat beliau. Tuan Aznan merupakan pelanggan kami pada tahun lepas (pautan rujukan http://syfultamar.blogspot.com/2013/08/rezeki-pagi-3-syawal-1434-h.html). Jika tahun lepas pemilikan beliau pada Syawal, namun pada tahun ini Ramadhan menjadi pilihan.

Pertemuan tersebut agak tergesa-gesa disebabkan kami masing-masing berhenti di bahu jalan yang sesak dengan kenderaan keluar sehala. Setelah memenuhi bonet kereta Tuan Aznan dengan 16 Pokok Ajwah dan 5 Pokok Madu serta 3 botol supplimen BIO-ORGANIK 500ml, tanpa sempat beramah mesra, hanya menyelesaikan akad jual beli tanpa sempat mengambil sebarang gambar, kami terus keluar daripada kesesakan yang agak berbahaya di bahu jalan.

Syukur, pertemuan kedua selepas hampir setahun tidak bersua, sekali lagi kami mendapat kepercayaan beliau dalam pemilikan Pokok Kurma dan supplimen BIO-ORGANIK.  


Tahniah dan terima kasih Tuan Aznan dan para sahabat beliau.   



ST : Lagi 2 minggu ‘make over’ Pokok Kurma di rumah bapa Tuan Aznan pula di Sungai Siput (U).   





26 JULAI 2014

Pemilikan Ketiga


Bertempat di hadapan PERNAMA dalam Kem Tentera ‘WarDieBurn’ di Setapak, kami menyampaikan info terperinci secara panjang lebar tentang Pokok Kurma bersama Leftenan Kolenal Mohd Fuad Bin Misran dan menantu, Sarjan Aliff Aizat Bin Hamidi serta Pegawai Waren 1 Ismail Bin Setapa.

Dari kanan : PW1 Ismail, Sarjan Aliff Aizat dan LK Mohd Fuad serta menantu

Dalam diskusi 2 jam tersebut, pelbagai perkongsian dan maklum balas kami sampaikan berkenaan Pokok Kurma. Dan secara bersama, beberapa perancangan diteliti serta dihuraikan. Manakala Tuan Mohd Fuad secara peribadi memiliki 2 Pokok Ajwah dan sebotol supplimen BIO-ORGANIK 500ml.



Syukur, dapat bersuai kenal dan bertautan ukhuwwah sesama kami. Insha Alah kita saling berkongsi manfaat.   



ST : Selepas dikurniakan 2 jam nikmat perkongsian dan pemilikan, diuji hampir 2 jam pula dengan kenderaan yang terkunci dari dalam. Pun tetap kurniaan-Nya.   



Pemilikan Keempat dan Kelima


Terkesan dengan ujian dalam situasi kenderaan, kami terlewat ke Putrajaya bagi menyempurnakan pemilikan 3 Pokok Madu kepada Tuan Emi dan 2 Pokok Mariami + Supplimen BIO-ORGANIK kepada Tuan Roslan.


Mujur kedua-dua pemilik berkenaan bersetuju mengambil daripada wakil transit Pokok Kurma di Putrajaya, Tuan Nikz Rich pada minggu hadapan, walaupun kedua-duanya berasa sedikit ralat tidak dapat bersua dan mendengar sendiri pelbagai perkongsian tentang Pokok Kurma daripada kami.

Tidak mengapa, Insha Allah ada aturan lain kepada kita dalam konteks temu sua kelak.  



ST : Selesai sudah KEMBARA RAYA POKOK KURMA ‘Made In Malaysia’ pada kali ini. Berjemaah lagi kita Insha Allah dalam KEMBARA RAYA 1436 H kelak.  

No comments: