Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Tuesday, May 26, 2015

'Surprise' Buakan Betina

7 Pokok Kurma telah 'menghuni' Masjid Muhibbuddin Shah, Ipoh sejak tahun 1980an. Namun 4 daripadanya hanya mula berbunga pada penghujung 2012. Kami dijemput tinjau pada 2013. Sedikit sahaja 'sentuhan mukadimah', 4 Pokok Kurma betina di situ mula berbuah lebat hingga ranum selepas itu. smile emoticon
Kami hanya dijemput khas oleh Imam Besar pada Mac 2015, bagi melaksanakan kerja-kerja 'make over' rasmi khusus untuk 7 Pokok Kurma di situ. Rentetan peristiwa tersebut berada pada pautan :
Setelah 2 bulan berlalu, DIA 'surprise'kan jawatankuasa masjid dengan kurniaan buakan bunga betina Pokok Kurma yang tidak pernah mengeluarkan apa-apa hasil sepanjang lebih 20 tahun penanamannya di masjid tersebut. smile emoticon

Dengan kata lain, DIA izinkan Pokok Kurma yang tidak pernah berbunga selama lebih 20 tahun, hanya mengambil masa lebih kurang 2 bulan sahaja 'menonjolkan' jantinanya selepas dilaksanakan Adab Khusus Penyelenggaraan Pokok Kurma. 
smile emoticon
Maka kini, diketahuilah umum jua, akan muktamadnya Masjid Muhibbudin Shah, Ipoh, punyai 5 Pokok Kurma Betina dan 2 Pokok Kurma Jantan akhirnya. wink emoticon

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
ST : 'Pokok Kurma surprise' tersebut berada pada kedudukan pertama, pada baris 3 pertama di pagar menghadap jalan besar. Warga Ipoh, jenguk-jenguklah ya. smile emoticon

No comments: