Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Saturday, April 18, 2015

Organik Cuka Kayu


Cuka Kayu merupakan item tani organik yang kami gunakan sejak awal tahun ini. Cukup banyak membantu menyah dan menghindar 'persinggahan dan penginapan' serangga serta haiwan eksotik lain seperti siput babi, beluncas dan ulat gonggok daripada 'mengintimi' Pokok Kurma semaian kami.

Pada pengamatan kami, Cuka Kayu juga berperanan mengurangi dan mencegah jangkitan kulat terhadap dedaun pelepah Pokok Kurma.

Cuka Kayu menjadi alternatif terbaik bagi mencapai sasaran SIFAR RACUN atau bahan kimia lain dalam penggunaannya terhadap tanaman.

Menurut pembekal tunggal kami di Chemor, sebatian Cuka Kayu diperoleh daripada pengewapan ketika pembakaran kayu bakau bagi tujuan pemprosesan arang kayu. Formulasasi selanjutnya tidak pula didedahkan. Rahsia syarikat barangkali. smile emoticon

Patutlah botolnya semerbak bau kayu bakaran. Namun bila dibuka penutupnya, tengit pula dengan bau cuka.

Nisbah yang kami amalkan bagi tujuan menghindari serangga dan jangkitan kulat adalah 2:14, iaitu 2 sukatan Cuka Kayu dan 14 sukatan air. Air yang kami gunakan biasanya air tadahan hujan atau Gau atau mineral.

Kelebihan ketara penggunaan Cuka Kayu adalah begini. Andaikan pemilik menyembur racun tani kepada tanaman. Wajib mengambil masa beberapa hari atau minggu sebelum dipetik hasilnya. Ianya bertujuan bagi membantu meneutralkan kesan racun yang disembur. Setelah dipetik, perlu juga direndam dan dibasuh sebersih mungkin bagi menghilangkan kesan racun yang digunakan. Dan ada kemungkinan juga, kesan racun yang dibersihkan itu tidak hilang sepenuhnya, malah ada yang kekal meliputi hasil petikan hinggalah dijamah oleh kita menjadi makanan rutin.

Sebaliknya berlaku dalam penggunaan Cuka Kayu. Setelah tanaman disembur, bila-bila masa sahaja hasilnya boleh dipetik. Hsnya perlu cuci hasil petikan yang bertujuan untuk menghilangkan bau tengit semburan sahaja. Sangat menjimatkan masa dan sangat baik untuk kesihatan. Inilah impak penggunaan 100% bahan organik. smile emoticon

Mampu juga melonjak nilai tambah dalam permohonan 
petani dan pekebun bagi sijil Amalan Pertanian Baik (Good Agriculture Practice - GAP) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pertanian. 
smile emoticon

Jadi, apalagi, dapatkan segera Cuka Kayu pelbagai jenama yang ada di pusat jualan item tani berhampiran kawasan anda. smile emoticon


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Selamat beramal dan selamat menahan ketengitan bau Cuka Kayu. wink emoticon

No comments: