Bertolak jam 11.30 malam pada 8 April 2014. Berhenti di R&R Seremban jam 2.30 pagi, baik punya lelap. Selepas Subuh, misi disambung.
Permulaan Misi : 1 Ekar di Bukit Kepong
Penghantaran
1 ekar Pokok Kurma selamat mendarat di Kampung Raja, Bukit Kepong jam
10.35 pagi pada 9 April 2014. Sungguh, sangat mencabar bagi kami mencari jalan ke
lokasi. Tanpa GPS, tanpa peta, hanya berhubung melalui telefon dan
mengikut papan tanda yang tertera di bahu jalan. Akhirnya sampai jua ke destinasi tujuan.
Penghantaran menaiki Nissan Wagon, pengganti Proton Wira. Luas sedikit ruangnya.
Bagi ketiga-tiga kami, inilah kali pertama menjejak kaki ke bumi Bukit Kepong. Disambut mesra oleh anakanda Tuan Haji Amat Sabiki, kami saling bersuai kenal sambil memunggah turun Pepohon Tamar yang ditempah dan berkongsi pelbagai info berkenaan Pepohon Tamar kepada beliau.
Memunggah turun Pepohon Tamar 1 ekar
Mengasingkan Pepohon Tamar mengikut spesis
Beliau juga memborong semua stok supplimen BIO-ORGANIK kami sebanyak 12
liter, hinggakan nyaris-nyaris terambil BIO-ORGANIK tempahan khas Tuan
Ir Md Nasir Hashim. :-)
Bersama anakanda Tuan Haji Amat Sabiki
Alhamdulillah selesai sudah di Bukit Kepong. Berangkat pula ke Johor Bahru, bertemu sua dengan Tuan Ir Md Nasir Hashim.
Jemaah Niaga Syful Tamar di Bukit Kepong
Tata Bukit Kepong. Insha Allah bertemu lagi kelak. :-)
— at Bukit Kepong, Muar Johor.
Pertengahan Misi : BIO-ORGANIK Singgah Skudai
Pertemuan dengan Tuan Ir Md Nasir Hashim di
Bandar UDA Utama, Skudai jam 2.00 petang. Beliau membuat tempahan khas
supplimen BIO-ORGANIK 4 liter.
Beliau merupakan pemilik Pokok Kurma SYFUL TAMAR semasa berkunjung tiba di Chemor pada 28 Februari 2013. Hajat beliau pada masa itu untuk sekaligus memiliki supplimen BIO-ORGANIK tertangguh disebabkan kehabisan stok.
Tertunai sudah akhirnya hajat Tuan Ir Md Nasir dengan diiringi senyuman lebar empunya diri.
Selesai sudah misi di Johor pada kali ini. Moh singgah R&R Machap. Mandi dan rilek-rilek jap sebelum misi henti singgah di Puchong.

Pengakhiran Misi : Kampung Seri Aman, Puchong
Jam 9.30 malam, merupakan penamat 'misi
bantuan' penghantaran atas tempahan Pokok Kurma dan BIO-ORGANIK ke Bukit
Kepong, JB dan Puchong.
Lokasi terakhir adalah di Kampung Seri Aman, Puchong. Segan juga, memalam dok ngaco masa lapang Tuan Del Pezal, namun kedatangan kami sangat dialu-alukan. Siap tunjuk lagi lokasi yang bakal ditanam di halaman rumah beliau.
Seperti biasa sebelum berangkat pulang, sesi soal jawab dengan pelbagai 'lempiasan' info dikongsikan bersama Tuan Del Pezal. Beliau ni, tak lekang dengan senyuman sepanjang pertemuan. :-)

Syful Tamar (ST)
"ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY"
http://syfultamar.blogspot.com/
ST : Selesai bermisi. Penat..? Huh.. memang jenuh. Best..? Ah ha.. syok habis.. Masyuk..? Wow weee.. Shhhh... :-)
No comments:
Post a Comment