Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Thursday, April 17, 2014

Tinjau Ziarah Pergigian Teluk Tasik Chendroh

Pandangan satelit

14 Mei 2014 - Persekitaran Tasik Chendroh kaya dengan biodiversiti dan keindahan semulajadi. Dasarnya pula sarat dengan kepelbagaian sejarah dan warisan terdahulu.

 
 Subhanallah. Indah kan..?

Bertuah kami, dipandu arah oleh empunya tanahnya sendiri, Tuan Haji Mohamed Yunus Hassan. Tanah seluas 12 ekar ini di apit arus Tasik Chendroh, membentuk seakan-akan teluk. Bakal dibangunkan menjadi wilayah Agro-Pelancongan tersohor bagi Parlimen Padang Rengas khususnya, dan Malaysia amnya.


Diskusi, perkongsian dan gerak kerja
 
Tidak mahu didedahkan lebih terperinci perancangan dan gerak kerja serta jaringan kerjasama yang sedang terjalin. Segalanya selesai nanti, akan dimaklumkan kelak. :-)


  
Penelitian idea, perhalusan tindak kerja

Mohon Allah permudahkan segala urusan baik-baik kami dan juga sekalian anda. Moga kita sentiasa memberi manfaat dan menambah nilai diri kita sendiri serta hidup orang lain. :-)


Syful Tamar (ST)
"ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY"
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Betul-betul semulajadi..! Benar-benar fuuiiiyyyoooo...! :-)

No comments: