"Huu.. huu.. huu.. haa.. haaa..." Tu dia,
sesekali kedengaran sayup bergema bersahutan lolongan sekawan ungka nun
jauh dari ketebalan hutan sekeliling.
Tidak terganggu dengan lolongan itu, diskusi singkat SYFUL TAMAR pada tengahari semalam bersama Ustaz Azhan Ishak tentang Perlaksanaan Wakaf Pokok KURMA berjalan dengan penuh muhibbah dan lancar.
Ustaz Azhan Ishak, Pengarah KoTaRaJa ini 'sempoi' dan 'sporting'
orangnya. Tidak terasa jurang perbezaan mesra dalam perbualan bersama
beliau dan beberapa 'orang kanan' beliau.
Pelbagai perkongsian
oleh Ustaz Azhan tentang sejarah, kefungsian dan jasa KoTaRaJa kepada
umat Islam yang bukan sahaja di Ipoh sini, malah seluruh negara dan
melangkaui sempadan negara sehingga Tok Guru dari Timur Tengah pun
pernah 'tinggal jejak' di bumi barakah KoTaRaJa ini.
Kami pula
memaklumkan tentang penjagaan dan serba sedikit 'biodata' dan 'biografi'
berkenaan pepohon yang menjadi ikon Tanah Arab, pepohon Tamar dalam
perkongsian balas kami dengan beliau.
Alhamdulillah, Ustaz
Azhan bersetuju menjadikan KoTaRaJa sebagai penerima manfaat dalam
Perlaksanaan Wakaf Pokok KURMA dan akan membawa isu ini ke dalam jemaah
A-Taqwa pada minggu hadapan bagi membincangkan jumlah pokok yang tepat
untuk ditempatkan di sini. :-)
Syful Tamar (ST)
"ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY"
http://syfultamar.blogspot.com/
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
ST : Moh daftar menjadi Pewakaf untuk KoTaRaJa. :-)
No comments:
Post a Comment