Semasa musim hujan sebelum ini, tersenyum
'lebo' golongan 'Hang Changkhol' seperti kami. Apa tidaknya, tidak perlu
membuat penyiraman berkala setiap hari. Syukur sangat-sangat. :-)
Tatkala
kini dalam perubahan mendadak iklim negara kepada panas kering, pun
bersyukur sangat-sangat. Ini kerana, urat dan otot kami dapat membentuk
sihat akibat bertungkus lumus melakukan kerja-kerja penyiraman 2 kali
sehari.
Pagi sekali, petang sekali. Pagi sebelum jam 10.30
pagi, awal pagi lagi baik. Petang jam 6 petang ke atas, sebelum
tergelincirnya matahari (menjelang Maghrib). Elakkan penyiraman semasa
pancaran terik mentari. Kecut layu pokok dibuatnya.
Ya, 2 kali sehari..! Kenapa 2 kali..? Kan membazir..? Nanti 'ayo' kena catu.. Masa pun tiada..
Tuan-Tuan, Puan-Puan.. Pokok pun berasa 'hangat bijo' juga, kehausan
juga bila berpanasan. Pandai-pandailah 'ekjas' sukatan penggunaan air dan
aturan masa anda.
Selamat beramal. :-)
Syful Tamar (ST)
"ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY"
http://syfultamar.blogspot.com/
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
ST : Anda pun minum banyak-banyak tau. Tuan pokok pun kena jaga kesihatan. :-)
No comments:
Post a Comment