10
November 2013, delegasi Syful Tamar mendatangi SAHOM FARM RETREAT di Kampar
bagi kerja-kerja penanaman dan pengemasan pepohon tamar Pakej Dinar yang
ditempah. Kami disambut mesra oleh penyelianya, Tuan Yon pada petang itu.
Pintu Gerbang SAHOM FARM RETREAT
Pepohon Tamar penghuni baru SAHOM FARM RETREAT
Penanaman oleh Tuan Mustafa Kamal (Chief de Mission)
Siraman formula suplimen pepohon tamar oleh Tuan Maznan
Salah satu pokok kurma yang ditanam di SAHOM FARM RETREAT
Di
Sahom Farm Retreat sungguh segar udara dihirup, terpana akan keindahan dan
kenyamanan gabungan alam semulajadi dan seni lanskap teliti. Apa yang ada di
sini..? Resort, ladang sawit, kolam mandi, penternakan lembu, rusa dan kambing
serta kolam pancing ikan. Ianya juga dikenali sebagai salah satu ‘Eco-Tourism’
negeri Perak. ‘Best’ kan..? :-)
Tangga Batu Sungai. Kreatif kan..?
Suasana damai SAHOM FARM RETREAT
Sahom
Farm Retreat telah menambah nilai perkhidmatan kami dengan idea meletakkan
gegelung dawai besi yang ditempah khas selepas proses penanaman. Ianya
bertujuan samada menghalang ‘dinodai’ oleh pijakan manusia mahupun pencerobohan
haiwan ternakan. Tapi buat makluman anda, ianya tidak termasuk dalam pakej
perkhidmatan kami. Sekiranya berminat, boleh, tetapi ianya satu perkhidmatan
yang berlainan (‘up sales’ :-) ).
Penanaman pepohon tamar di SAHOM FARM RETREAT dalam lingkungan gegelung dawai besi
Terima
kasih, Sahom Farm Retreat, terima kasih Tuan Yon. :-)
Syful
Tamar (ST)
“ISLAMIC
BIODIVERSITY TECHNOLOGY”
No comments:
Post a Comment