Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Friday, September 19, 2014

KEMBARA MUSAFIR Hari Malaysia 2014


16 September 2014 - Persinggahan pertama misi KEMBARA MUSAFIR Hari Malaysia adalah di R&R Jejantas Sungai Buloh. Misi ini digeraksiagakan oleh wakil henti singgah kami, Tuan Khairul Gucci (kanan sekali).

Tepat jam 12.00 tengahari, Dato Dr Hj Ir Tajul Ariffin (berkopiah) bersama isteri dan anak beliau menelusuri pertemuan bagi pemilikan Pokok Ajwah PAKEJ DINAR. Pemilikan ini adalah bertujuan sebagai peneman Pokok Kurma beliau yang sedia ada. 

Tahniah dan terima kasih Dato atas pemilikan salah satu pohon syurga ini. Insha Allah, ia akan menjadi bukan sahaja teman karib kepada Dato sekeluarga, malah bakal akrab dengan Pokok Kurma Dato yang sedia menanti di rumah. 


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Dato merupakan follower page POKOK KURMA 'Made In Malaysia' yang aktif berinteraksi dengan kami sejak Ramadhan 1434 H. 




16 September 2014 - Persinggahan misi KEMBARA MUSAFIR Hari Malaysia yang terakhir adalah di Anggerik Mall, Shah Alam.

Tuan AB Alias Bachik yang diwakili anak beliau, tiba di lokasi pada jam 2.30 petang. Namun foto penyerahan pemilikan 3 Pokok Ajwah, 3 Pokok Madu, 3 Pokok Mariami, 3 Pokok Shafawi dan 4 liter Supplimen BIO ORGANIK tidak menjadi. Rakaman melalui telefon pada ketika itu mengalami masalah teknikal. Sayang berkali-kali, tak dapat abadikan 'kemeriahan' item-item pemilikan tersebut bersama anak beliau.

Hanya ketebalan not RM10 yang dimulai dengan nombor siri BJ6801100, sebagai ganti rakaman foto yang tidak menjadi. Inilah nilai pemilikan yang diserahkan oleh anak Tuan Alias sebagai tukarganti untuk item-item tersebut. Baru lagi tau not-not tu. Pekat lagi bau deme. 

Tahniah dan terima kasih Tuan Alias Bachik. Insha Allah hidup subur dan segar bugar Pepohon Tamar yang bakal menghiasi persekitaran kediaman Tuan sekeluarga. 


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Sekian misi KEMBARA MUSAFIR Hari Malaysia pada tahun ini. Jumpa lagi pada edisi mendatang kelak. 
 

No comments: