Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Friday, September 19, 2014

Bonsai Tamar Resort Sungai Perak


18 September 2014 - Selepas diskusi tentang beberapa tautan kerjasama yang bakal terjalin, tatkala kami sudah bersiap siaga mahu memuat masuk 3 pokok Bonsai Tamar ke muatan kereta, ditahan sebentar oleh pemilik Resort Sungai Perak, dengan menyatakan hajat beliau memiliki 2 daripada 3 pasu Bonsai Tamar yang dibawa kami bertujuan sebagai contoh fizikal dalam setiap diskusi.

Pemilik baru yang telah mengambil alih Resort Sungai Perak sejak 1 Mei 2014, Tuan Abdul Hamid Bin Dullah yang juga merupakan perintis 5 hotel bajet di Malaysia dan pemilik empayar bisnes kayu lama di Tambun serta Gopeng ini sangat menghormati tetamu dan teratur dalam interaksi. Juga tidak lokek dalam pelbagai perkongsian keusahawanan.

Jika anda pernah singgah ziarah ke blog dan page kami sebelum ini, Bonsai Tamar ini kami tidak bekal dan perkenalkan secara terbuka. Ianya diasingkan, hanya direka eksklusif kepada peminat nilai seni pembonsaian, lebih-lebih lagi Pokok Kurma yang mempunyai nilai estetika Islamik yang tinggi ini. Iya eh.. Kurma pun boleh dibonsaikan eh.. sejak 2010 dulu kami dah 'bermain-main' bereksperimentasi dalam pembonsaian kurma ni tau. 

Jadinya, pemilikan 2 Bonsai Tamar yang kiyut miyut menjelang Zohor itu pun bertukar tangan kepada salah seorang Usahawan Berjaya negeri Perak, Tuan Abdul Hamid kita. 

Tahniah dan terima kasih atas keperihatinan Tuan terhadap kepakaran kami. 

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Cantik tau pemandangan resort di tepian sungai yang paling lebar di Semenanjung ni. 

No comments: