4 betina, 2 jantan dan 1 satu lagi tidak diketahui kerana masih belum berbunga. Inilah pecahan jantina 7 Pokok Kurma Ajwah di Masjid Muhibbuddin Shah, Ipoh.
4 Pokok Ajwah betina di sini memang telah sedia maklum oleh pihak pengurusan masjid dan kami akan jantinanya kerana mampu berbuah. Namun, 2 Pokok Ajwah jantan berjaya dikenalpasti semasa perlaksanaan Adab Penyelenggaraan Khusus Pokok Kurma secara menyeluruh yang bermula pada pagi 10 Mac 2015 dan berakhir pada tengahari 11 Mac 2015.
Betina - 2 masih aktif berbunga, berputik dan berbuah. 1 sedang berbuah, namun sudah berhenti berbunga. 1 lagi telah habis berbuah, tinggal tangkai yang mengering sahaja.
Jantan - 1 telah mengering bunganya, luput sepenuhnya kefungsian pendebungaan. 1 lagi punyai 2 mayang bunga mekar yang hampir tamat tempoh perkhidmatannya.
Secara jujur, kami sangat teruja dengan penemuan bunga jantan tersebut. Sebelum ini, ikhtiar kami bagi mendapatkan bunga jantan daripada para pemilik Pokok Kurma jantan, tidak kesampaian. Barangkali pokok jantan para pemilik sudah habis berbunga. Atau juga masih belum berbunga, walaupun Pokok Kurma itu kini sebaya dengan anak dewasa pemiliknya.
Setelah selesai 'make over and grooming' Pepohon Tamar masjid, kami melaksanakan pula Adab Pendebungaan Khusus Pokok Kurma. Rasa teruja kami bertambah beberapa ratus peratus tatkala jelas kelihatan debu-debu halus bunga jantan berterbangan berawakan tatkala ditepuk-tepuk manja kepada jambakan bunga betina.
Hebat aturan Dia, membuka pintu hati dan kotak minda pihak pengurusan Masjid Muhibbuddin Shah untuk aplikasi kepakaran kami bagi menyantuni Pepohon Tamar di situ. Rupa-rupanya mahu menganugerahkan situasi yang tidak terjangka ini.
Moga Pepohon Ajwah betina yang telah diintimi oleh bunga jantan itu bakal juga dianugerahi buakan hasil yang juga tidak terjangka. Kami hanya ikhtiar sedaya mampu. Allah juga Maha Penentu.

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http:// syfultamar.blogspot.com/
ST : Bagaimana mahu membantu Pokok Kurma anda berbunga..? Bagaimana pula kaedah pendebungaannya..? Sila klik pautan http:// syfultamar.blogspot.com/p/ tips-dan-info.html, tekuni tajuk 1. 'MAKE OVER' POKOK KURMA dan 2. POKOK KURMA JANTAN DAN BETINA.
— at Masjid Muhibbuddin Shah.POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://
ST : Bagaimana mahu membantu Pokok Kurma anda berbunga..? Bagaimana pula kaedah pendebungaannya..? Sila klik pautan http://
No comments:
Post a Comment