Pelbagai spesis semut, lipas tanah, cacing, lipan dan beberapa spesis serangga yang tak dapat dikenalpasti ‘menginap percuma’ di tujuh perdu serta rimbunan Kurma Ajwah di Masjid Muhibbuddin Shah, Ipoh. Apa yang sedikit ‘saspen’, rimbunan dan perdu Kurma Ajwah terakhir turut dihuni sepasang ular hitam kecil..!
Walaubagaimanapun, kami bersyukur, Adab Penyelenggaran Khusus Pokok Kurma di masjid itu dirahmati Allah dengan kurniaan keselamatan dan kesejahteraan sehingga selesai perlaksanaannya yang bermula pada pagi 10 Mac 2015 hingga berakhir pada tengahari 11 Mac 2015.
Bagi sesiapa yang pernah meninjau Pepohon Ajwah di masjid itu sebelum ini, pasti dapat melihat perbezaan paras rupa Pepohon Ajwah tersebut. Ia jelas ketara pada bahagian perdu dan rimbunan, terutamanya ‘lokasi’ pengeluaran hasil bunga serta buahnya.
Memang sedikit sukar ‘make over’ Pepohon Ajwah di situ. 20 tahun tanpa penjagaan, pembajaan dan penyelenggaraan khusus serta berkala. Ini kerana pihak pengurusan masjid tiada pengetahuan dan kepakaran dalam lapagan perlaksanaan tersebut.
Kepada pemilik Pokok Kurma, kami sangat syor kepada anda, agar tekuni, fahami dan praktikkan tip serta info Penjagaan dan Pembajaan Pokok Kurma secara khusus dan berkala pada pautan berikut :
Perkongsian 100% PERCUMA kami nukilkan, bakal membantu dengan pencerahan jitu dalam membaik pulih dan mengekalkan kesuburan Pokok Kurma anda. Juga sangat praktikal tip dan info tersebut untuk diaplikasi kepada pokok serta tanaman anda yang lain. smile emoticon
ST : Moh petik mamam Ajwah di Masjid Muhibbuddin Shah. :-)
No comments:
Post a Comment