Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Thursday, March 12, 2015

'Make Over' Sepenuhnya


9 Mac 2015 - Situasi terkini salah satu Pokok Kurma Ajwah di Masjid Muhibbuddin Shah, Ipoh. Ada 4 fasa pembuahan dalam rimbunannya.
Fasa 1 : Sedang berbunga lebat. Kelompok kecil di tengah rimbun, dilindungi pelepah. Tapi sayang, tiada bunga dari pokok jantan untuk didebungakan. Ada sesiapa punyai Pohon Tamar jantan yang berbunga..? Jika ada, hubungi kami 019-5709334, samada panggilan terus atau WhatsApp.
Fasa 2 : Putikan buah sedang 'menggila'. Tanpa pendebungaan bunga jantan, Pohon Ajwah ini mampu berbuah sendiri. Banyak terdapat di bahagian atas kedudukan kelompok bunga.
Fasa 3 : Buah muda 'anggun' menghijau. Inilah hasil tanpa 'intiman' bunga jantan - buah kecil. Banyak kelihatan di sebelah kiri rimbunan.
Fasa 4 : Buah menanti ranum. Namun banyak yang gugur dari tangkai dan ada juga yang 'mengerekot legam dimamah kulat', tidak sempat ranum. Jelas kelihatan di bahagian kanan rimbunan.
Situasi sedemikian telah 'menghantui' 7 Pokok Kurma Ajwah yang berusia lebih 20 tahun di masjid bersebelahan hospital itu sejak mula berbunga dan berbuah pada penghujung 2012.
Disebabkan itulah, Imam Besar, Ustaz Syed Muzaffar menjemput kami berdiskusi selepas Zohor tadi. Kami hanya mengesyorkan info dan input daripada sudut pandangan kepakaran kami dalam penyantunan Pepohon Tamar sejak 2008. Tiada sebarang janji atau apa-apa jaminan. Cuma penanda aras ikhtiar yang In Shaa Allah bakal memberi kesan.
Di akhir diskusi, persetujuan dicapai. Penyelenggaraan menyeluruh ketujuh-tujuh Pokok Ajwah ini akan bermula esok pagi. Tarikh berakhir perlaksanaannya tidak dapat ditentukan. Ini kerana setiap pokok walaupun punyai situasi yang hampir sama, namun berbeza-beza tahap permasalahannya.
Moga Allah memperkenan keseluruhan urusan kami ini dengan pengurniaan keselamatan dan kesejahteraan sepanjang perlaksanaan.

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
ST : Penyelenggaraan Pokok Kurma merupakan sebahagian daripada senarai daya khidmat selain kepakaran kami dalam Pembenihan, Penyemaian dan Penanaman Pokok Kurma, seperti yang tertera pada pautan http://syfultamar.blogspot.com/p/daya-khidmat-lain.html

No comments: