Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Tuesday, December 23, 2014

Nilaitambah Pokok Berpasu

Dalam dunia global kini, tiada lagi cetusan baru, hanya inovasi kepada platform yang sedia ada samada bidang rekacipta, akademik, perniagaan mahupun kajian saintifik dalam setiap perincian kehidupan dan item kebendaan yang lain.

Pada kesempatan ini, suka kami paparkan satu inovasi yang tersangatlah biasa, hanya untuk pengetahuan asas kepada yang baru tahu dan menjadi sumber rujukan lapuk kepada yang pakar.

Tambahnilai paras rupa pokok dalam pasu anda mengikut citarasa dan tema tertentu samada untuk koleksi hiasan peribadi mahupun dijadikan cenderahati atau hadiah kepada individu yang dirai. Inilah tajuk paparan yang kami maksudkan. 




Bahan-bahan dan peralatan yang diperlukan juga mudah didapati, memang sedia ada di rumah bagi majoriti anda :

1. Pokok dalam pasu
2. Kain (ikut kegemaran anda atau mengikut tema majlis tentang jenis dan corak serta gabungan warna kain pilihan)
3. Gunting
4. Gam lilin (pistol)
5. Renda hiasan
6. Gelang getah (untuk ikatan sementara sebelum gam)

Proses kerjanya begini :


1. Bersihkan pasu dengan teliti daripada habuk dan kotoran tanah.
2. Baluti pasu dengan kain yang telah digunting. Corakkan balutan tersebut mengikut kreativit anda. Gamkan pada badan pasu setelah memuktamadkan cara balutan.
3. Gamkan pula hiasan renda di sekeliling bibir pasu.

Sudah siap..!  Jika anda mahu 'touch up' dengan hiasan mahupun item lain, boleh juga dizahirkan. Pasu contoh paparan kami yang berpohonkan Bonsai Tamar ini ringkas sahaja, kerana bertemakan korporat, cenderahati tempahan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) buat YAB Menteri pada minggu lepas.

Peringatan kepada anda :


1. Berhati-hati tatkala menggunakan gam lilin berkenaan. Ianya sangat panas. Lecuran kekal jika terkena tubuh.
2. Jangan disiram pokok berkenaan seperti lazim siraman harian kita. Ianya bakal mengotorkan balutan kain dengan kesan basahan tanah. Cukup sekadar sembur dengan air atau supplimen BIO ORGANIK melalui botol semburan pada bahagian rimbun/perdunya. Basahkan juga sedikit tanahnya dengan semburan tersebut, sebaik-baiknya 3 kali sehari.

Moga paparan kerdil ini dapat membantu serba sedikit dalam refleksi minda anda samada menjadi pemudahcara supaya anda lebih berinovasi atas apa yang anda sedang laksanakan sekarang mahupun sebagai info serta input santai tambahan kepada masa lapang anda. 

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Cenderahati Bonsai Tamar oleh SSM buat YAB Menteri ada di pautanhttp://syfultamar.blogspot.com/2014/12/bonsai-tamar-buwek-yab-montori.html

No comments: