Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Tuesday, December 23, 2014

Pepohon Tamar Kampung Talang


14 Disember 2014 - Sejurus selesai penyampaian cenderahati Bonsai Tamar di pentas utama oleh Memangku Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Puan Zahrah Binti Abdul Wahab Fenner kepada Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), YAB Dato' Sri Hasan Bin Malek, kedua-dua tetamu kehormat ini berserta 3 lagi tetamu kehormat yang lain iaitu Ketua Setiausaha KPDNKK, Datuk Seri Alias Bin Ahmad, YDP Majlis Daerah Kuala Pilah, Tuan Haji Ali Bin Haji Luman dan Tok Ketua Kampung Talang, berkenan menyempurnakan simbolik penanaman Pokok Kurma masing-masing di tepi padang SK Talang, Tanjung Ipoh.






Modus operandi simbolik penanaman yang sama dilaksanakan oleh kelima-lima tetamu kehormat iaitu mencedok tanah ke Pokok Kurma agar kelihatan gembur menggebu, sirami Pokok Kurma dengan air dan menyembur Supplimen BIO ORGANIK kepada rimbunan keseluruhan Pokok Kurma agar ia hidup subur dan segar bugar kelak. 





Walaubagaimanapun, lensa kami Hang Kebun hanya sempat merakamkan perlaksanaan simbolik penanaman Pokok Kurma oleh YAB Menteri, Puan Zahrah dan Tok Ketua sahaja.





Syukur, selesai urusan utama 'team' Hang Kebun di sini yang menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh 'event team' SSM sejak hari pertama pada 12 Disember. Amanah inilah juga yang telah membawa kami ke Kuala Pilah buat pertama kali. 







Tahniah kepada seluruh warga SSM seluruh Malaysia atas kejayaan penganjuran "SSM Bersama Masyarakat Kuala Pilah". Terima kasih daun kurma, atas tautan kerjasama. 




Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Nampak gayanya Tok Ketua Kg Talang yang perlu menjaga Pepohon Tamar ini dengan seadanya, sebab beliau yang paling dekat. 

No comments: