Sukar diramal apa yang berlaku ketika ini kepada para 'sahabat lama' kami, yang tenggelam 'didakap' banjir. Masih teguh lagikah akar memaut rimbunan perdu mudanya..? Atau sudah tamatkah 'tempoh perkhidmatan' mereka di mukabumi ini..?
Kami terima semalam, gambar kiriman Tuan Abd Manap Abd Rahman, yang memaparkan pemandangan dari Jambatan Sultan Azlan Shah, yang menghubungkan Bandar DiRaja Perak dengan perkampungan Lembah Sayong.
Jelas kelihatan 'lokasi penghunian para sahabat lama' kami di Resort Sungai Perak, Kuala Kangsar, yang 'disantuni' limpahan air sungai. Bangunan penginapan berwarna kuning dan bangunan pentadbiran berwarna putih di situ, berbaki tingkat atas sahaja yang tidak 'dijejaki' banjir.
Insha Allah, kami akan menelesuri lokasi tersebut selepas keadaan kembali normal bagi meninjau situasi 'sahabat lama' kami, yang merupakan Pepohon Ajwah yang melanskapi Resort Sungai Perak.
Moga pemilik resort tersebut, Tuan Abdul Hamid dan warga kerjanya, dikurniai Allah akan ketabahan dalam menghadapi dugaan ini dan juga kegigihan dalam menghadapi ujian selepas banjir.
Moga juga, ketabahan dan kegigihan tersebut, bukan sahaja terbias viralnya kepada sekalian penduduk Kuala Kangsar, malah kepada sekalian individu yang dipilih oleh Dia di seluruh Malaysia, yang sedang menghadapi situasi banjir pada ketika ini, sehingga keadaan pulih seperti sediakala kelak.
Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://
ST : Info berkenaan penghunian 'sahabat lama' kami di Resort Sungai Perak berada di pautan http://
No comments:
Post a Comment