Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Monday, October 26, 2015

Santai Sebelum Berlaman Kurma


17 Oktober 2015Bersantai-santaian kami sejak pagi tadi di Bistro Mohamad di Taman Chempaka, bagi memberi laluan taburan lebat hujan rahmat.
Belum bermula lagi Adab Khusus Penanaman Pokok Kurma di Masjid Sultan Azlan Shah (MSAS), Jalan Dairy, Ipoh. Hujan sejak selepas Subuh.
Bawa waris-waris cilik kami sekali pagi ini, untuk menekuni secara praktikal gerak kerja dan modus operandi Adab Khusus Penanaman Pokok Kurma di MSAS.
Moga 16 Pokok Kurma Nabi (Ajwah) dan 15 Pokok Kurma Madu hasil perlaksanaan wakaf oleh sekelompok dermawan wakaf seluruh negara, serta 2 orang individu yang berada di luar negara melalui PROJEK WAKAF POKOK KURMA 'Made In Malaysia' Fasa Pertama di MSAS ini, turut menerima tempias rahmat dan barakah hujan kurniaan Dia.

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
0195709334
ST : Dibuka kini untuk anda untuk turut serta sebagai pewakaf dalam perlaksanaan PROJEK WAKAF POKOK KURMA 'Made In Malaysia' bagi Fasa Kedua di MSAS. Dipersilakan. smile emoticon

No comments: