Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Tuesday, October 27, 2015

Sang Nangka FGV

26 September 2015 - Rezeki petang, dikurniai sebiji nangka jumbo. Jauh datangnya, dari negeri Tok Gajah sinuuunnn... 


Bukannya melalui Poslaju mahupun syarikat kurier lain. Tetapi dibawa sendiri oleh unit R&D Felda Global Ventures (FGV) Jerantut. 

Namun, tidaklah kedatangan Tuan Suhardi (berseluar jeans) dan Tuan Sazali (berbaju belang) itu ke Nurseri Mini Pokok Kurma kami di Taman Klebang Putra, Chemor, Ipoh semata-mata mahu menghadiahi nangka tersebut. Kedua-dua mereka melaksanakan amanah peri penting dalam bidang kerja R&D FGV Jerantut.


Tugasan mereka lebih memfokus kepada penempatan koleksi pokok-pokok buah, tanaman nadir dan tumbuhan unik serta pelik. Kemudian melaksanakan setiap perincian perancangan penyantunan terhadap koleksi alam tersebut.

Unit mereka mengambil keputusan membuat pemilikan 5 Pokok Kurma Nabi (Ajwah), 5 Pokok Kurma Madu, 5 Pokok Kurma Shafawi dan 5 Pokok Mariami. Menambah rasa deretan koleksi hijau di FGV Jerantut.




Terima kasih dan tahniah FGV Jerantut atas pemilikan tersebut. Moga Pepohon Tamar itu dapat mempertingkatkan lagi daya kaji unit R&D. 



Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/
0195709334

ST : Waris-waris cilik saling memaklumkan yang sang nangka tu kelihatan seperti rakan sebaya deme, sebab beso bebeno.

No comments: