Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Thursday, October 1, 2015

Pokok Kurma Aidiladha

24 September 2014 - Lakaran sejarah 10 Zulhijjah. Bukan sahaja dirai dengan gema takbir dan korban penyembelihan, malah disusuli selepas itu dengan simbolik penanaman Pokok Kurma Madu sempena Aidiladha 1436 H.
Dengan disaksikan oleh jawatankuasa dan khairiah Masjid Nurussalam, Batu 4, Kuala Rui, Gerik, pagi yang mulia serta penuh barokah itu dilaksanakan Adab Khusus Penanaman Pokok Kurma oleh dua tetamu kehormat.
Orang Besar Jajahan (OBJ) Hulu Perak, Toh Seri Bijaya Lt. Kol. (B) Dato' Shaharudin Bin Hj Nazari sudi dan teruja menanam Pokok Kurma Madu sempena Aidiladha itu di perkarangan masjid.
Keterujaan itu turut dikongsi oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temengor, Yang Berhormat Puan Salbiah Binti Mohamed, yang juga turut menanam sendiri Pokok Kurma Madu di lokasi yang sama.
Dan sepanjang pengetahuan kami, peristiwa bersejarah itu adalah julung kali diadakan di Malaysia, yang mana sambutan Aidiladha dirai dengan penanaman Pokok Kurma. 
👍🏻😃🌴
Tahniah kepada semua warga Gerik amnya, dan seluruh anggota jawatankuasa serta khairiah Masjid Nurussalam khususnya, atas lakaran gemilang penuh bersejarah itu. 👍🏻😃

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
0195709334
ST : Turut tersemat upacara bersejarah perasmian DiRaja Masjid Nurussalam pada pautan http://syfultamar.blogspot.my/…/kurma-diraja-nurussalam.html👍🏻😃🌴

No comments: