13 Oktober 2015 - Sedikit debar dan teruja, melihat prosedur tinjauan unit 'Bio Security' dari Jabatan Pertanian Negeri Perak. Tindakan segera oleh unit tersebut yang datang atas jemputan kami pada Jumaat lepas.
Itupun disebabkan kami terbaca isu tentang kumbang jalur merah di Harian Metro, perumah bagi Pokok Kurma luar negara yang dibawa masuk secara tidak sah terutamanya dari negara jiran, Thailand, tanpa menjalani proses kuarantin dan piawaian tani yang sepatutnya.
Kami mengambil inisiatif menelesuri Jabatan Pertanian agar membuat 'spot check' seadanya di Nerseri Mini Pokok Kurma kami di Taman Klebang Putra, Chemor.
Boleh juga dikatakan langkah panik, 😄 dilapik dengan rasa kebertanggungjawaban dan juga rasa ingin tahu 😄, adakah POKOK KURMA 'Made In Malaysia' juga menjadi perumah makhluk Allah si kumbang 'import' itu..?
Sejurus selesai tinjauan dan pemeriksaan teliti oleh 'Bio Security', akhirnya perkhabaran gumbira buat kami sempena petang menjelang Maal Hijrah.
Melalui 'S.O.P' dan pemerhatian berpiawaian awal oleh unit 'Bio Security' Jabatan Pertanian Negeri Perak, Nerseri Mini Pokok Kurma di Taman Klebang Putra, Chemor yang merupakan pusat semaian dan edaran POKOK KURMA 'Made In Malaysia' bukan sahaja sifar kumbang jalur merah, malah bebas daripada sebarang penyakit. 👍🏻😄
Namun, ada satu lagi piawaian yang perlu kami lalui seperti yang ditetapkan oleh 'Bio Security' sebelum pengesahan rasmi dikeluarkan.
Terima kasih unit 'Bio Security' Jabatan Pertanian Negeri Perak yang diketuai oleh Tuan Abdul Rahman (berkaca mata gelap) atas tinjauan dan pemeriksaan.
'Bio Security' banyak kongsikan pelbagai info tani. Kami pula cuma ungkapkan sisi kerdil pengetahuan kami tentang Pepohon Tamar dalam perkongsian balas kepada 'Bio Security', termasuklah potongan pelepah tamar untuk kegunaan bersiwak. 😃
ST : Terima kasih juga kepada Tuan Abdul Rahman dan salah seorang lagi delegasi 'Bio Security' yang berkenan membuat pemilikan seorang sepokok Delima Jumbo, 'peneman baru' Pepohon Tamar selepas Pisang Kaki dan Durian Belanda di Nerseri Mini Pokok Kurma. 👍🏻😄
No comments:
Post a Comment