Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Thursday, October 1, 2015

Selenggara Beradab

28 September 2015 - Saki baki renyaian hujan pagi mengiringi kami. Sedikit lewat bermula bagi menikmati lebatnya hujan rahmat di bumi Perak. Menipis kepulan jerebu di seluruh negeri. Syukur.

Setelah sebulan berlalu, empunya vila memanggil semula kami bagi perlaksanaan Adab Khusus Dan Berkala Penyelenggaraan Pokok Kurma di Kampung Air Kuning, Changkat Jering, Taiping. Peristwa sebulan nan lalu ada pada pautan http://syfultamar.blogspot.my/2015/08/kurma-lot-banglo.html.



3 Pokok Kurma Ajwah kami santuni mengikut setiap piawaian prosedur yang kami garisi dalam Adab Khusus Dan Berkala Penyelenggaraan Pokok Kurma itu.



Mudah sahaja tugas ini, kerana Pepohon Ajwah di sini masih sebulan di situ dan masih kecil. Lagi pula ketiga-tiganya sangat subur dan segar bugar belaka. Pandai pemiliknya jaga dan pantau. :-)



Berpuluh-puluh kali ganda kesukaran berbanding perlaksanaan Adab Khusus Dan Berkala Penyelenggaraan Pokok Kurma di Masjid Muhibuddin Shah, Ipoh seperti dalam pautan http://syfultamar.blogspot.my/2015/03/7-ajwah-make-over.html.



Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/
0195709334

ST : Terima kasih daun Kurma, Tuan Ismail dan Mertua, pahat yakin dan percaya, khidmat kami secara khusus dan berkala. :-)

No comments: