Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Monday, October 26, 2015

Kurma Lawrence-Marcus


25 Oktober 2015 - Selesai memuat masuk item pemilikan POKOK KURMA 'Made In Malaysia' menjelang Maghrib ke dalam kenderaan tetamu jauh dari selatan tanahair.

Tuan Lawrence yang ditemani sahabat beliau, Tuan Marcus, kedua-duanya dari Johor Baharu, tiba Nurseri Mini Pokok Kurma di Taman Klebang Putra, Chemor, Ipoh selepas Asar. Gigih dan tabah kedua-dua sahabat ini mencari sehingga terlepas 2 laluan menuju ke lokasi.

Tuan Lawrence punyai 3 sebab bersusah payah mendatangi kami.

Pertama, Tuan Lawrence mahu menambah koleksi pokok-pokok eksotik dan unik beliau. Beliau telah sedia punyai pokok epal, anggur, limau jumbo dan pelbagai lagi tumbuhan serta tanaman yang 'rare'.

Kedua, sebahagian item pemilikan POKOK KURMA 'Made In Malaysia' yang terdiri daripada 4 Pokok Kurma Nabi (Ajwah), 2 Pokok Kurma Madu, 2 Pokok Delima Jumbo, 2 Pokok Pisang Kaki dan 1 Pokok Durian Belanda, akan diserahkan kepada keluarga angkat Tuan Lawrence. Beliau membesar sejak kecil dengan keluarga Melayu di kampung beliau di Segamat.

Ketiga, Tuan Lawrence mahu berjumpa bertentang mata dan berbicara dengan kami sendiri. Selama ini beliau hanya mengenali kami di Youtube dan FB serta perbualan telefon. Jadi, beliau dan Tuan Marcus sepakat bertemu kami sekeluarga di Nurseri Mini Pokok Kurma di Taman Klebang Putra, Chemor, Ipoh.

3 faktor inilah yang menjadi tekad mereka berdua mengambil langkah inisiatif ini, biarpun keletihan menempuh perjalanan yang panjang.

Sebagai seorang berketurunan Cina dan bukan Muslim, Tuan Lawrence serta Tuan Marcus bukanlah individu selain Melayu dan bukan Islam yang pertama memiliki item POKOK KURMA 'Made In Malaysia'. Ianya dirintis terlebih dahulu oleh :

1. Puan Teratai Bah Arom
Pautan Rujukan http://syfultamar.blogspot.my/2015/02/oh-teratai-kurma-indah.html

2. Tuan Siva Manna
Pautan Rujukan http://syfultamar.blogspot.my/2015/06/kurma-siva-manna.html

Terbukti kini, seiring dengan slogan POKOK KURMA 'Made In Malaysia', Pokok Kurma semaian kami adalah tertakluk pemilikannya kepada seluruh warga Malaysia tanpa mengira susur galur kaum dan anutan agama. 👍🏻🌴🇲🇾

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/
0195709334

ST : Tuan Lawrence dan Tuan Marcus bermalam di Ipoh malam ini. Moga dikurniai tidur nyenyak bagi mengembalikan stamina pulang ke selatan esok. 💪🏻🚙💨
 — feeling Syukur at POKOK KURMA 'Made In Malaysia'.

No comments: