Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Monday, October 26, 2015

Laman Kurma MSAS

17 Oktober 2013 - Hujan rahmat masih belum berhenti sejak selepas Subuh. Masa kian mengorak ke hadapan.

Kata putus diambil. Jam 10.00 pagi, tidak boleh ditangguh lagi. Kami mulakan Adab Khusus Penanaman Pokok Kurma sambil menikmati taburan hujan yang masih 'steady' melebat.


Dibantu oleh para sukarelawan cilik yang melaksanakan tugas dengan sangat baik. Selesai tugas, mereka jadikan ruang becak di Laman Kurma (Fasa 1) Masjid Sultan Azlan Shah (MSAS), Ipoh sebagai taman tema air dalam imaginasi mereka masing-masing.

Tidak terasa keletihan langsung tatkala melihat keletah waris-waris cilik ini. Tersangatlah suka mereka membantu menyelesaikan penanaman 16 Pokok Kurma Nabi (Ajwah) dan 15 Pokok Kurma Madu, hasil sumbangan wakaf 15 individu pelbagai negeri dan 2 individu yang berada di luar negara.


Individu-individu inilah yang berkongsi rasa dan aspirasi, agar lebih banyak institusi masjid/surau, institusi pendidikan dan institusi kebajikan selaku Penerima Manfaat, dilestarikan perlanskapannya dengan tanaman Kurma.

Individu-individu inilah yang menginfaqkan sebahagian rezeki mereka kepada Penerima Manfaat melalui PROJEK WAKAF POKOK KURMA 'Made In Malaysia'.

Individu-individu inilah juga yang merealisasikan kewujudan Laman Kurma di MSAS ini. 


Terima kasih dan tahniah kepada Dermawan Wakaf sekalian. Moga inisiatif wakaf anda bukan sahaja menviralkan buakan manfaat di dunia, malah mendapat perkiraan sewajarnya dalam pertimbangan neraca amal di akhirat kelak. In Shaa Allah. 

Tahniah juga kepada pihak jawatankuasa dan khairiah MSAS sebagai Penerima Manfaat dalam PROJEK WAKAF POKOK KURMA 'Made In Malaysia' pada kali ini. In Shaa Allah, kewujudan Laman Kurma (Fasa 1) bakal menjadi salah satu daya tarikan MSAS. In Shaa Allah lebih ramai orang berjemaah di MSAS. In Shaa Allah juga Laman Kurma MSAS berpotensi kelak menjadi lokasi penggambaran fotografi pelbagai tema. 


Kami yang kerdil ini, cuma bertindak sebagai pemudahcara perlaksanaan wakaf tersebut. Menghubungkan rasa dan aspirasi para Pewakaf dengan Penerima Manfaat. 


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/
0195709334

ST : In Shaa Allah, anda juga sebahagian daripada para Dermawan Wakaf dalam Laman Kurma Fasa 2 MSAS.

No comments: