Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Saturday, October 24, 2015

Hijrah Si Merah


Keratan akhbar Harian Metro, 9 Oktober 2015.

Andai benar makhluk Allah si kumbang merah itu 'berhijrah' melalui Pokok Kurma Thailand yang dibawa masuk secara tidak sah dan tidak melalui proses piawaian tani yang sepatutnya, ianya turut memberi impak 'merundum' secara tidak langsung kepada Pokok Kurma semaian tempatan keseluruhannya terutamanya daripada perspektif umum.

Seharusnya pemilik-pemilik semaian Kurma atau pemilik-pemilik Kurma secara individu perlu merujuk perihal ini kepada Jabatan Pertanian di daerah masing-masing, tidak terkecuali juga kami, empayar POKOK KURMA 'Made In Malaysia', apatah lagi jika anda punyai pemilikan Pokok Kurma Thailand..! 🌴🇹🇭

Kami telah menjemput pada minggu lepas dan sedang menunggu pada ketika ini akan ketibaan skuad 'Bio Security' Jabatan Pertanian yang berpusat di Ipoh, untuk meninjau Nerseri Mini Pokok Kurma kami di Taman Klebang Putra, Chemor.

Apakah hasil dan kesudahan tinjauan skuad 'Bio Security' itu nanti..? Adakah kami mampu kembali 'survive' daripada impak isu ini..? Atau terus lumpuh operasi yang dibina bertahun-tahun sejak 2008 nan lalu..?

Di luar lingkungan upaya tahu kami bagi membuat sebarang andaian.


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Sebut tentang hijrah, sat-sat lagi kita pula di ambang Maal Hijrah. 😃
 — at POKOK KURMA 'Made In Malaysia'.

No comments: