Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
Hit by Crews
Wednesday, January 29, 2014
Penerima Manfaat : Perlaksanaan Wakaf Pokok Kurma
Siapa itu Penerima Manfaat..?
SYFUL TAMAR memberi fokus kepada kerjasama dengan TIGA kategori institusi sebagai Penerima Manfaat dalam Perlaksanaan Wakaf Pokok Kurma. TIGA kategori institusi terbabit adalah seperti berikut :
1. Institusi Masjid dan Surau.
2. Institusi Amal dan Kebajikan. Contohnya Rumah Anak Yatim, Rumah Perlindungan Wanita, Pusat Jagaan Orang Tua, Pertubuhan OKU dan sebagainya.
3. Institusi Pendidikan. Ianya termasuk sekolah awam, sekolah pengajian pondok, sekolah swasta, tadika, tabika, IPTA dan IPTS.
Kami mengalau-alukan cadangan oleh anda tentang penyenaraian mana-mana institusi seperti di atas untuk turut disenaraikan ke dalam senarai sedia ada kami.
Sekiranya ada keperluan untuk pewakafan Pokok Kurma selain daripada senarai institusi seperti di atas, boleh dibincangkan dengan sebab musabab yang logik untuk diwakafkan atas persetujuan bersama.
Ianya bagi mengelakkan pewakafan Pokok Kurma itu diguna untuk kepentingan individu, bukan untuk kepentingan dan kebergunaan bersama.
Bagi anda yang sudi dan berlapang hati untuk menjadi salah seorang Pewakaf @ Dermawan, sila PM kami dengan menaip ayat, "Saya Pewakaf Pokok Kurma" dan kami respon dengan info lengkap berkenaan Perlaksanaan Wakaf Pokok Kurma ini.
Syful Tamar (ST)
http://syfultamar.blogspot.com/
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
syful_tamar@yahoo.com
019-5709334 019-5498638
ST : Kepada para Pewakaf, Insha Allah anda sentiasa dipayungi rahmat Allah samada hidup mahupun meninggal dunia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment