Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Tuesday, December 25, 2012

Singgah Ziarah POKOK KURMA


2 Safar 1434 H, bersamaan 16 Disember 2012
Ampang, Ipoh, Perak
Pokok Pemilik No. 2 (Sila rujuk menu SENARAI TEMPAHAN & PEMILIKAN)
Pokok Kurma Berusia 2 Tahun Setengah




Pokok ini hidup subur di tanah tepi rumah beliau. Moh buat pokok ni kelihatan lebih 'fresh' & 'valuable'..!




Antara teknik-teknik pengemasan yang terkandung dalam MANUAL PENJAGAAN & PEMBAJAAN ANAK POKOK KURMA dan diaplikasikan terhadap Pokok Kurma ini.

AWAS...! Jangan ditiru aksi ini Merbahaya ini..! Pastikan anda memakai baju lengan panjang, sarung tangan tebal (sebaik-baiknya kain 'jeans' atau kulit) dan cermin mata ketika melaksanakan misi cantasan serta pengemasan ini bagi mengelakkan sebarang kecederaan fizikal. Duri dan daun muda yang tirus itu adalah tajam. Individu di atas merupakan Pakar (Pakar konon.. Abeh berdarah jari jemari beliau.... Hehe...)





Akhirnya selesai sudah cantasan dan pengemasan yang dibuat...  :-)




Perbandingan ketinggian Pokok Kurma berusia 2 tahun setengah ini dengan kanak-kanak berusia 3 tahun.




Berbeza kan...
Sebelum (atas) dan selepas (bawah) 'Make Over'...



  
Yang ini Pokok Kurma kedua yang berusia 1 tahun setengah. Saiznya hampir sama dengan Pokok Kurma yang ditanam di dalam pasu yang berusia 3 tahun...




Perbandingan ketinggian Anak Pokok Kurma berusia 1 tahun setengah ini dengan kanak-kanak berusia 3 tahun.





Terbukti, ANAK POKOK KURMA semaian kami mampu hidup subur seterusnya menjadi POKOK KURMA yang membesar dengan sihat...! Alhamdulillah...

 :-)







Friday, November 23, 2012

Penyemaian dan Pembekalan ANAK POKOK KURMA

 Kini di alaf 1434 H, lokasi semaian telah berhijrah ke Taman Klebang Putra, Chemor, Perak...



Pokok KURMA yang berusia 3 tahun setengah (pasu sebelah kiri) dan 2 tahun (pasu sebelah kanan).





Ianya kelihatan bantut dan tidak menggambarkan usia sebenar pokok KURMA berkenaan. Tumbesarannya sedemikian disebabkan penanamannya di dalam pasu yang bersaiz kecil. Sekiranya ditanam atau dialih tanam di tanah, pokoknya kini sudah setinggi orang dewasa. Kami akan kemaskinikan gambar berkenaan di lain kesempatan kelak.




Pokok-pokok KURMA di dalam pasu berkenaan bukan untuk dijual. Ini disebabkan selain sayang nak jual, pokok-pokok berkenaan kami bawa bersama untuk dipamerkan sebagai contoh sekiranya kami menyertai gerai jualan di Pasar Tani, Karnival dan Ekspo Jualan. Sasaran kami, jika tiada aral dan dimurahkan rezeki, kami mahu menyertai MAHA pada 2 tahun mendatang. :-)




16 anak pokok KURMA (spesis selain Ajwah) yang baru melepasi sesi baik pulih. Siapakah yang bakal memiliki 16 anak pokok berkenaan...? Kami akan merujuk senarai giliran tempahan dan akan hubungi bakal pemilik yang sampai gilirannya.  :-)






3 anak pokok KURMA Ajwah yang juga baru selesai sesi baik pulih. Kalau diikutkan senarai, bakal pemiliknya adalah dari Sg Buloh. Sekiranya bakal pemilik berkenaan membatalkan pemilikan, kami akan rujuk kembali senarai giliran pemilik yang lain.   :-)





Antara eksperimentasi kami dalam penyemaian anak pokok KURMA, maka terhasillah anak pokok KURMA yang mengerekot (kata orang Perak) yang dinamakan oleh kami sebagai anak POKOK KURMA KERINTING...  :-) .
Sebelum ini eksperimen kami pernah menghasilkan anak-anak pokok yang tumbuh subur melalui sisi serta bawah beg poli dan telah terjual sepenuhnya.  :-)





9 anak pokok yang masih dalam fasa pemulihan sebelum tersedia untuk dijual kelak. Kebiasaannya sesi baik pulih mengambil masa antara 1 hingga 3 bulan bergantung kepada tahap 'kecederaan' yang dialami pokok-pokok berkenaan.

Anak-anak pokok KURMA yang telah dan dalam fasa pemulihan di atas adalah daripada generasi semaian terdahulu semasa berlaku "SOLD OUT" atas pembelian secara borong oleh pemilik dari Terengganu dan Alor Setar sebelum ini.  :-)



Antara "line up" generasi baru pokok KURMA semaian kami yang bakal memenuhi permintaan anda kelak. Dijangka dalam tempoh antara 5 - 6 bulan lagi anak pokok bakal dimiliki oleh bakal pemilik dalam senarai giliran.


Telah ada penambaikan dalam proses penyemaian kami iaitu diletakkan kod-kod tertentu bagi mengenalpasti spesis yang disemai.
 

Sekiranya dilimpahi rahmat dan berkat oleh Allah, maka akan timbullah tunas benih pokok TANAH ARAB ini tak lama lagi. Kami akan jaga anak-anak pokok ini sehingga bertukar tangan pemilikannya kepada anda kelak.  :-)






Thursday, August 9, 2012

Maafkan Kami Sebab Terbantutnya Promosi Aidilfitri Tahun Ni...

Perlaksaan projek "Promosi POKOK KURMA Aidilfitri 1433H" tidak sempat diadakan pada tahun ni. Kebiasaannya kami akan menyediakan pakej promosi harga POKOK KURMA pelbagai spesis pada harga sepokok RM20 dan harga 3 pokok RM50 manakala spesis Ajwah (Kurma Nabi) pada harga sepokok RM50 dan harga 3 pokok RM100.

Hal ini berlaku disebabkan minat yang amat mendalam Encik Nawawi dari Putrajaya, mendorong beliau memborong SEMUA anak POKOK KURMA di mini nurseri kami di Taman Chepor Impian, Chemor pada 16 Ramadhan1433H. Manakala stok anak POKOK KURMA di kediaman kami di Taman Klebang Putra, Chemor pula diborong semua oleh Encik Burhanuddin dari Alor Setar pada 6 Syawal 1433H. SOLD OUT...!!! Syukur Alhamdulillah dan terima kasih kepada kedua-duanya.

Kami berehat seketika dan Insya-Allah akan mula menjalankan proses penyemaian semula anak POKOK KURMA selepas Aidilfitri nanti.

SALAM AIDILFITRI 1433H.

:-)