Kini di alaf 1434 H, lokasi semaian telah berhijrah ke Taman Klebang Putra, Chemor, Perak...
Pokok KURMA yang berusia 3 tahun setengah (pasu sebelah kiri) dan 2 tahun (pasu sebelah kanan).
Ianya kelihatan bantut dan tidak menggambarkan usia sebenar pokok KURMA berkenaan. Tumbesarannya sedemikian disebabkan penanamannya di dalam pasu yang bersaiz kecil. Sekiranya ditanam atau dialih tanam di tanah, pokoknya kini sudah setinggi orang dewasa. Kami akan kemaskinikan gambar berkenaan di lain kesempatan kelak.
Pokok-pokok KURMA di dalam pasu berkenaan bukan untuk dijual. Ini disebabkan selain sayang nak jual, pokok-pokok berkenaan kami bawa bersama untuk dipamerkan sebagai contoh sekiranya kami menyertai gerai jualan di Pasar Tani, Karnival dan Ekspo Jualan. Sasaran kami, jika tiada aral dan dimurahkan rezeki, kami mahu menyertai MAHA pada 2 tahun mendatang. :-)
16 anak pokok KURMA (spesis selain Ajwah) yang baru melepasi sesi baik pulih. Siapakah yang bakal memiliki 16 anak pokok berkenaan...? Kami akan merujuk senarai giliran tempahan dan akan hubungi bakal pemilik yang sampai gilirannya. :-)
3 anak pokok KURMA Ajwah yang juga baru selesai sesi baik pulih. Kalau diikutkan senarai, bakal pemiliknya adalah dari Sg Buloh. Sekiranya bakal pemilik berkenaan membatalkan pemilikan, kami akan rujuk kembali senarai giliran pemilik yang lain. :-)
Antara eksperimentasi kami dalam penyemaian anak pokok KURMA, maka terhasillah anak pokok KURMA yang mengerekot (kata orang Perak) yang dinamakan oleh kami sebagai anak POKOK KURMA KERINTING... :-) .
Sebelum ini eksperimen kami pernah menghasilkan anak-anak pokok yang tumbuh subur melalui sisi serta bawah beg poli dan telah terjual sepenuhnya. :-)
9 anak pokok yang masih dalam fasa pemulihan sebelum tersedia untuk dijual kelak. Kebiasaannya sesi baik pulih mengambil masa antara 1 hingga 3 bulan bergantung kepada tahap 'kecederaan' yang dialami pokok-pokok berkenaan.
Anak-anak pokok KURMA yang telah dan dalam fasa pemulihan di atas adalah daripada generasi semaian terdahulu semasa berlaku "SOLD OUT" atas pembelian secara borong oleh pemilik dari Terengganu dan Alor Setar sebelum ini. :-)
Antara "line up" generasi baru pokok KURMA semaian kami yang bakal memenuhi permintaan anda kelak. Dijangka dalam tempoh antara 5 - 6 bulan lagi anak pokok bakal dimiliki oleh bakal pemilik dalam senarai giliran.
Telah ada penambaikan dalam proses penyemaian kami iaitu diletakkan kod-kod tertentu bagi mengenalpasti spesis yang disemai.
Sekiranya dilimpahi rahmat dan berkat oleh Allah, maka akan timbullah tunas benih pokok TANAH ARAB ini tak lama lagi. Kami akan jaga anak-anak pokok ini sehingga bertukar tangan pemilikannya kepada anda kelak. :-)