Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Thursday, May 29, 2014

Ustaz Kurma..?


"Abah.. Abah.. Tu yang Ustaz pokok kurma tu.."

Itulah respon waris pertama kami, setiap kali kemunculan Ustaz Roslan Mohamed di kaca tv.

Mengapa waris pertama kami membuat kenyataan sedemikian..? Insha Allah pautan ini dapat membantu : http://syfultamar.blogspot.com/2014/03/ajwah-dan-ustaz-roslan-mohamed.html


Syful Tamar (ST)
"ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY"
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

ST : Ustaz Roslan sempoi dan macho orangnya. 

Thursday, May 22, 2014

Santun Runtun

Santuni MINDA dengan BERFIKIR,
Runtuni JIWA dengan BERZIKIR.



Syful Tamar (ST)
"ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY"
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

ST : Hiburi LARA dengan BERDIKIR. 

Sunday, May 18, 2014

Selamat Hari Guru Kebangsaan 2014

Selamat Hari Guru Kebangsaan kali ke-43, khusus buat para :

1. Cikgu 
2. Ustaz 
3. Ustazah
4. Jurulatih
5. Mentor
6. Murabbi
7. Mudarris
8. Muallim
9. Muaddib
10. Mursyid

Sekiranya anda termasuk dalam 10 golongan seperti di atas atau seumpama dengannya, kami berbesar hati dengan mengambil inisiatif menawarkan 43% tawaran diskaun sebagai tanda penghargaan di atas segala jasa dan curahan ilmu yang menjadikan kami sebagai manusia yang lebih bersyukur serta menghargai setiap kurniaan nikmat dan dugaan yang ditempuh.

43%..?? Ya, khusus untuk PAKEJ PERAK spesis Madu, Shafawi dan Mariami sahaja. Tawaran penghargaan ini sah bermula 16 Mei 2014 sehingga 31 Mei 2014 sahaja, jam 5.00 petang.



GURU, sekalian anda adalah pembimbing dan pembantu kami dalam merangka pemetaan hidup yang sangat luar biasa. 


Syful Tamar (ST)
"ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY"
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Pakej Perak..? Insha Allah pautan ini sangat membantu - http://syfultamar.blogspot.com/p/pokok-kurma.html

Friday, May 16, 2014

Perlaksanaan Wakaf di Masjid Rahmaniah, Sauk

30 April 2014 - Detik bersejarah bagi Masjid Rahmaniah, Sauk apabila 8 pepohon tamar memagari sisi luar pagar masjid berkenaan. Penanaman pepohon tamar di situ merupakan yang pertama seumpamanya di Sauk.

 
 
                                                                          Penandaan dan penggalian lubang

Terima kasih dan tahniah kepada pengasas Agro Pelancongan Teluk Tasik Chenderoh, Tuan Mohamad Yunus Hasan serta keluarga yang bertindak sebagai pemudah cara bagi merealisasikan peWAKAFan pepohon tamar di Sauk.  :-)

 
Perlaksanaan SOP penanaman

4 pepohon tamar Ajwah dan 4 lagi spesis lain ini diwakafkan oleh sekumpulan warga Sauk sendiri yang begitu teruja akan penanaman pepohon tamar di Malaysia. Juga dititipkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada para pewakaf berkenaan.  :-)


Simbolik penanaman pepohon tamar pertama di Sauk oleh Tuan Mohamad Yunus


Syful Tamar (ST)
"ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY"
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Anda juga mahu laksanakan wakaf pepohon tamar..?  :-)

Thursday, May 15, 2014

Permohonan MAAF


Kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan sistem komputer dan pengkalan data kami dilaksanakan dari 30 April hingga 11 Mei 2014. Pulih dan selesai sepenuhnya pada malam semalam.

Sehubungan itu, kami mohon maaf atas kelewatan kami menyemak timbunan respon emel dan PM FB anda sepanjang tempoh berkenaan. Sepanjang tempoh tersebut juga, tiada kemaskini blog FB Page ini bagi memberi laluan perlaksanaan kerja-kerja tersebut berjalan lancar.

Penghargaan terima kasih atas kesabaran anda. Kami sedaya upaya memberi respon balas kepada anda pada hari ini juga.


Syful Tamar (ST)
"ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY"

POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Saturday, May 3, 2014

Dua Tokoh Politik


Dua tokoh politik ini telah dipermudahkan oleh-Nya dengan pengurniaan kesempatan kepada kedua-duanya untuk berkenalan dengan POKOK KURMA 'Made In Malaysia'.

Syukur. :-)


Syful Tamar (ST)
"ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY"
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

ST : Kome, bile lagi..? :-)