Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Sunday, July 12, 2015

Sejarah Berulang Lagi


10 Julai 2015 - Syukur, 'kawanan DiRaja' selamat sampai pada petang semalam di lokasi 'penghunian' baru di Masjid Batu 4, Gerik. Masih tegap di dalam pasu masing-masing. smile emoticon

Kami ada kongsikan misi 'kawanan' ini yang merupakan Pokok Kurma Madu, dalam pautan http://syfultamar.blogspot.com/2015/07/kawanan-diraja.html.

'Misi Ambil Bawa Pulang' Pepohon Tamar DiRaja itu dilaksanakan oleh AJK pelaksana perasmian DiRaja Masjid Batu 4, Tuan Haji Annuar Shadad dan isteri, yang berkunjung tandang ke Nurseri Mini Pokok Kurma kami di Taman Klebang Putra, Chemor. Ini merupakan kunjungan kedua oleh pasangan suami isteri ini. Kunjungan pertama sebelum ini ada kami titipkan pada pautan http://syfultamar.blogspot.com/2015/04/kurma-masjid-baru.html.

Moga perasmian masjid baru tersebut melalui simbolik penanaman Pokok Kurma oleh Sultan kami, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah berserta dengan para tetamu DiRaja dan VIP lain, dikurniai rahmat dan barakah serta berlangsung dengan jayanya.

Terima kasih pihak jawatankuasa Masjid Batu 4, atas kepercayaan terhadap kepakaran kami dalam Pembenihan, Penyemaian dan Penanaman Pokok Kurma. smile emoticon

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Sejarah bakal berulang lagi, selepas perasmian DiRaja masjid baru Ramadhan tahun lepas, seperti dalam pautan http://syfultamar.blogspot.com/2014/07/pokok-kurma-sultan.html smile emoticon
 — feeling excited in Gerik.

Saturday, July 11, 2015

Kawanan DiRaja


5 sekawan ini akan berhijrah dari Nerseri Mini Pokok Kurma di Taman Klebang Putra, Chemor. Bakal ke destinasi baru di Gerik.

5 Pokok Kurma Madu remaja ini yang berketinggian antara 22 hingga 38 inci (ukuran dari batang pokok di permukaan tanah hingga ke hujung daun yang tertinggi).

Kami berasa sedikit berat hati melepaskan 'kawanan' Kurma Madu ini disebabkan kelima-limanya ini sahajalah Pepohon Tamar remaja yang berbaki.

Namun, perlu juga dibiar pergi. Sejarah bakal berulang lagi. 11 Julai, Sabtu ini. Program penanaman DiRaja sempena perasmian masjid baru menanti.

Pergilah.. Pergilah kelima-limanya.. Penghormatan tertinggi buat 'kalian' untuk berbakti. 👍

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Ini adalah tautan kali ketiga penglibatan POKOK KURMA 'Made In Malaysia' sempena program DiRaja. 😃
 — feeling positive.

Pisang Kaki ke Putrajaya


8 Julai 2015 - Tuan Zainul dari Putrajaya, terkesan dengan perkongsian info tentang Pokok Pisang Kaki, peneman POKOK KURMA 'Mase In Malaysia' di Nurseri Mini Pokok Kurma kami.

Beliau memang sudah lama 'memburu' Pokok Pisang Kaki sejak sekian lama, termasuklah pernah berikhtiar menyantuni beberapa jabatan dan agensi kerajaan berkaitan pertanian, bagi tujuan pemilikan Pokok Pisang Kaki. Namun, belum tiba rezeki beliau pada masa itu hinggalah Dia temukan beliau dengan nukilan info kami. 😃

Beliau mewakilkan Tuan Sani sebagai wakil penerima 4 pokok Pisang Kaki milik beliau, yang mana Tuan Sani sememangnya berada di Ipoh atas urusan kerja.

Kami bersua temu di Koperasi Wawasan Malaysia Bhd, Greentown Square. Penyerahan disempurnakan dengan penerimaan oleh Tuan Sani dengan ukiran senyum lebar. 😃

Terima kasih Tuan Sani, sudi membawa pulang 4 Pokok Pisang Kaki itu ke Putrajaya. Juga Tahniah Tuan Zainul atas pemilikan tersebut. 👍😃

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Nukilan info tentang Pisang Kaki tersebut berada pada pautan http://syfultamar.blogspot.com/2015/06/pisang-kaki-r.html
 — feeling happy.

Tuesday, July 7, 2015

KB Kali Ke-4


5 Julai 2015 - Penghantaran 4 Pokok Kurma Madu pada jam 11.30 pagi tadi kepada Tuan Muhd Asyraf Mad Rozali di Bachok.

Penghantaran melalui bas ekspres Konsortium (AHE 8011) di Stesen Bas Kuala Kangsar itu tiba di Tesco Kota Bharu pada jam 5.30 petang sebentar tadi.

Terima kasih dan tahniah Tuan Asyraf atas pemilikan tersebut. 👍😃

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Ini adalah penghantaran POKOK KURMA 'Made In Malaysia' kali ke-4 ke Kota Bharu melalui bas ekspres. 😃
 — feeling Syukur.

10k Prihatin


4 Julai 2015 - Tepat jam 1.00 petang tadi, ngam-ngam 10,000 individu yang melihat dan/atau membaca post yang kami namakan sebagai MISI 'SURPRISE USTAZ. Allahuakhbar... 😄
Memanglah tak terbanding dengan post di page hebat dan popular yang lain dari segi trafik kunjungan itu.
Namun, selaku Hang Kebun yang cuma bergajetkan changkhol, pencapaian 10,000 post tersebut ditandang pandang, sudah cukup menatangi rasa 'gumbira senyom lebo' kami selaku admin page kudus ini.😃
Terima kasih daun kurma seadanya atas keperihatinan sekalian anda yang sudi singgah ziarah, samada memang berhajat singgah atau terbabas singgah. 😆👍

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
ST : Intipati post tersebut boleh disantuni pada pautanhttp://syfultamar.blogspot.com/…/07/misi-surprise-ustaz.html

Thursday, July 2, 2015

Misi 'Surprise' Ustaz


1 Julai 2015 - Kemunculan Pokok Kurma Ajwah di Pejabat Agama Islam Kuala Kangsar petang tadi, menggamit perhatian orang awam dan kakitangan di situ.
Pokok Kurma Ajwah itu memainkan peranan misi dalam misi. Kami melaksanakan misi penghantaran khas bagi misi kejutan buat Ustaz Mohd Noor (berkopiah).
Memang benar-benar mengejutkan beliau. Pokok Kurma Ajwah tanda penghargaan daripada individu yang banyak dibantu oleh Ustaz dalam didikan agama dan panduan hidup berlandaskan Islam.
Benar-benar unik dan kreatif individu tersebut dalam menterjemahkan penghargaan terhadap insan yang beliau muliakan. Ini kali pertama kami terbabit misi 'surprise' sedemikian.
Apa yang menariknya, sehingga kini, kami langsung tidak pernah bertemu dengan individu tersebut. Hanya berkomunikasi melalui FB page ini dan transaksi urusniaga dicapai melalui perbankan di atas talian. 100% teknologi alam maya..! 😃

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
ST : Tahniah ya Ustaz atas pemilikan melalui penghargaan tersebut. Sudah termaktub rezeki Ustaz berpohon Ajwah. 👍😃

Kurma Terikan Mentari


30 Jun 2015 - Tuan Haji Abdul Rahim, dari RPT Jelapang, membawa kami ke kediaman anak beliau di Meru Heights, Ipoh. Berdiskusi kami sambil mengelilingi kediaman tersebut bagi mencari lokasi yang ideal bagi menempatkan 1 Pokok Kurma Ajwah dan 1 Pokok Kurma Madu.

Ketemu jua lokasi strategik. Esok pagi bakal ditanam oleh beliau. Sebab panas terik petang tadi tidak langsung sesuai untuk dilaksanakan Adab Khusus Penanaman Pokok Kurma.

Terima kasih dan tahniah buat Tuan Haji Abdul Rahim sekeluarga. Moga istiqomah subur dan segar bugar Pepohon Tamar itu di samping 500 ml supplimen organik Pokok Kurma yang turut dimiliki.😃

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Sedikit luar biasa terik mentari pertengahan Ramadhan hari ini. Syukur. 😃
 — feeling Syukur.