Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Saturday, December 13, 2014

Kurma Tuan Johan


11 Disember 2014 - Sempat juga Tuan Johan menggamit kami di Nerseri Mini Pokok Kurma, yang mana kami dalam persediaan akhir ke Kuala Pilah.

Beliau bersama isteri dari Kuala Kangsar menuju ke Rawang, memiliki 2 Pokok Kurma Ajwah, 2 Pokok Kurma Mariami dan 500ml Supplimen BIO ORGANIK.

Terima kasih Tuan dan Puan atas kunjungan, tahniah atas pemilikan. 

Baik, moh sekarang ke Kuala Pilah..! 

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Eh eh.. Malaysia tengah 'leading'.. 

Thursday, December 11, 2014

Kurma ke Selatan


Segerombolan 50 Pokok Kurma Madu yang telah diasing atur malam tadi untuk menempuh perjalanan ke selatan hari ini.

Tautan kerjasama julung kali kami dengan sebuah agensi badan berkanun bagi program kemasyarakatan di Kuala Pilah bermula esok hingga Ahad ini.

Bermusafir kali kedua selepas penyempurnaan Adab Penanaman Khusus Pokok Kurma sebanyak 250 pokok di Institut Latihan Kecemerlangan MARA (ILKM) Jawi pada minggu lepas.

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Insha Allah, segala urusan baik-baik kita sepanjang minggu ini dipermudahkan dengan jayanya oleh Dia. 

Wednesday, December 10, 2014

Sekeluarga 3 Generasi


10 Disember 2014 - Untuk rekod, ini adalah kali pertama Nerseri Mini Pokok Kurma kami dikunjungi oleh warga Manong. 

Sekeluarga 3 generasi singgah ziarah ke lokasi bagi melihat lebih dekat deretan 4 spesis Pokok Kurma yang 'menginap' di sini.

Terpaut dengan perkongsian info yang disampaikan secara santai yang berintikan kemesraan, keluarga yang murah dengan senyuman ini membawa pulang 1 Pokok Ajwah, 1 Pokok Kurma Madu dan 500ml Supplimen BIO ORGANIK, yang bakal dialih tanam di halaman rumah generasi pertama keluarga ini.

Tahniah dan terima kasih Puan Rusiah (memegang beg) sekeluarga. 

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Tahniah juga kepada para pengunjung berikut :

1. 8 Dis - Pasangan suami isteri dari Johor yang memiliki 3 Pokok Kurma Ajwah, 2 Pokok Kurma Madu dan 1 liter Supplimen BIO ORGANIK

2. 9 Dis - Pasangan suami isteri dari Rawang yang memiliki 2 Pokok Kurma Ajwah dan 2 liter Supplimen BIO ORGANIK.

Tidak sempat kami sematkan dalam artikel disebabkan pada masa itu sedang membuat persiapan rapi bagi program penanaman di Kuala Pilah minggu ini. Esok bertolak. Moh le.. 

Sunday, December 7, 2014

MARA Rakan Muda

5 Disember 2014 - Kami bukannya meraikan hari graduasi. Hanya menzahirkan rasa syukur selepas selesai misi membantu melanskapi Institut Latihan Kecemerlangan MARA (ILKM) Jawi dengan 250 Pokok Kurma.




Lagipun ILKM Jawi hanya menawarkan khidmat latihan kepada warga kerja MARA sahaja dari seluruh Malaysia. Kami pula hanyalah Hang Kebun yang menunaikan amanah melaksanakan Adab Penanaman Khusus Pokok Kurma di situ sejak 3 Disember lepas.




Oh, ya! Kami juga bukanlah pelatih Rakan Muda. Hanya melempiaskan kegembiraan dapat pulang ke kampung halaman masing-masing selepas menginap selama 3 hari 2 malam di Kompleks Belia dan Sukan Seberang Perai.


Kompleks tersebut menyediakan perkhidmatan penginapan asrama 10 katil untuk kami berehat selepas menjalankan amanah dan tanggungjawab di ILKM Jawi. Harganya pula bukan berpatutan, tapi tersangatlah murah..! 




Gumbira rasa di hati,
Selamat pulang ke kampung halaman,
Selesai sudah amanah di Jawi,
Bersedia kini untuk ke Selatan.


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Sebelah selatan pula 'on call'. 

Udoh Siyap..!

5 Disember 2014 - Lega, seronok, puas hati tatkala tepat jam 11.50 pagi; terlaksana sudah Adab Penanaman Khusus Pokok Kurma sejak 3 Disember 2014 di 12 lokasi penandaan di Institut Latihan Kecemerlangan MARA (ILKM), Jawi.


Dengan kadar hujan yang melebat setiap hari, pasti 'menggumbirakan' 220 Pokok Kurma Madu dan 30 Pokok Kurma Ajwah yang kini 'menginap' di sini.


Tabik hormat kepada 3 Jejaka Manis yang bertungkus-lumus menyelesaikan misi di ILKM Jawi ini; Tuan Ahmad Khairul Anuar, Tuan Aizat Azlina Ahmad Rosali dan Tuan Affiq Amsyar.


Tahniah ILKM Jawi, tahniah team Hang Kebun. 

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Moh bersiap balik ke Ipoh. 

Selesai Gamaknya..?


5 Disember 2014 - Sambil diiringi solawat sempena pagi Jumaat yang penuh barokah, perlaksanaan Adab Khusus Penanaman Pokok Kurma di Institut Latihan Kecemerlangan MARA (ILKM), Jawi telah bermula sejak 7.15 pagi tadi.

Sasaran kami, pada hari ketiga ini, selesai kesemua perlanskapan sebanyak 220 Pokok Kurma Madu dan 30 Pokok Kurma Ajwah di sini.

Tetapi jika Dia panjangkan usia permusafiran kami, maka bersambunglah modus operandi khusus ini pada keesokan hari.


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Bertindak, bertindak, bertindak.. bukan bertidak. Kemudian, terima sahaja ketentuan-Nya. 

Thursday, December 4, 2014

SenJawi


Keheningan senja yang kian mengorak Maghrib di Institut Latihan Kecemerlangan MARA (ILKM) Jawi.

Para musafir 'Hang Kebun' pun pulang ke penginapan, bersiap siaga merayu rintih Illahi.

Esok selepas Subuh kembali ke sini, menjalankan tanggungjawab melestarikan perlanskapan bumi ILKM Jawi dengan penanaman Kurma yang berbaki.

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Syukur, kurniaan khudrat daripada Yang Maha Memberi.