Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Wednesday, April 24, 2013

ALHAMDULILLAH, Tersiar Artikel POKOK KURMA di Harian Metro :-)

 Akhbar : Harian Metro
Sisipan : Agro
Tarikh Artikel : 5 Mac 2013, Selasa
Mukasurat : V7



Wartawan : Aidi Emizul Rasidi
Emel : am@hmetro.my


Kami bersyukur sangat-sangat, sememangnya rezeki kami diberi peluang oleh pihak Harian Metro bagi penyiaran artikel ini. Terima kasih kepada saudara Aidi yang sudi dan berusaha bersungguh-sungguh mengatur pertemuan bagi merealisasikan artikel ini.




Walaubagaimanapun, terdapat Ralat tentang beberapa Fakta dalam penyiaran artikel tersebut. Ianya adalah seperti berikut :

1. Tajuk Sokongan - "Bekas guru..."
Ini pernah mencetuskan sedikit kontroversi. Untuk makluman anda, Syful bukan bekas Guru kerana tidak pernah menjadi Guru dalam bidang apa pun. Tetapi Syful merupakan bekas operator pengeluaran kilang yang kini menjawat jawatan Pembantu Tadbir dan perancangan masa depannya adalah 'Sendiri Boss, Sendiri Kuli'.

2. Perenggan Kelima - "...biji kurma yang dibuang ke longkang rumahnya menjadi pokok..."
Sebenarnya bukan menjadi pokok mahupun anak pokok, tetapi biji kurma itu cuma ditumbuhi akar sahaja, kemudian layu umpama 'Teratai Layu di Tasik Madu'.

3. Perenggan Kesebelas hingga Ketiga Belas - Keseluruhan Artikel dalam Perenggan-Perenggan Berkenaan
Bukan perkhidmatan yang kami tawarkan. Ianya cuma merupakan info yang terkandung di dalam Manual Penjagaan dan Pembajaan POKOK KURMA yang dibekalkan secara PERCUMA kepada para pelanggan POKOK KURMA kami.

Tu je yang berlainan Fakta nye pun. Pada kami Ralat dalam artikel berkenaan hanya perkara kecil sahaja. Tak mendatangkan apa-apa kesulitan terhadap kami. Malah kami berasa amat Terima Kasih dengan budi baik pihak Harian Metro secara amnya dan saudara Aidi khususnya di atas inisiatif 'deme' dalam penyiaran artikel tersebut. Hanya Allah sahaja yang mampu balas jasa kalian.

:-)




No comments: