Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Monday, August 12, 2013

SELAMAT RAYE, SELAMAT KOJE, SELAMAT BISNES :-)


Rezeki Pagi 3 Syawal 1434 H :-)



Alhamdulillah, nurseri mini POKOK KURMA kami dikunjungi empunya empayar Millenium Freight Sdn Bhd, Tuan Aznan dari Nilai, Nogori Sombilan.

Beliau berminat tentang perkongsian ilmu penjagaan PEPOHON TAMAR kami dan juga sudi berkongsi tentang perniagaan beliau.

Setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada beliau kerana sudi ber'window shopping' memborong PEPOHON TAMAR dengan aneka pilihan spesis kurma terutamanya Ajwah dan Mabhrom di nurseri POKOK KURMA kami ini.

Rezeki kurniaan Allah.  :-)

Tuesday, July 23, 2013

Dari Akhbo 'Upgrade' ke TV :-)


Alhamdulillah, selesai sudah penggambaran liputan serba ringkas tentang KEPAKARAN kami dalam bidang Penyemaian dan Pembekalan Pokok KURMA di Taman Klebang Putra, Chemor serta di Ampang, Ipoh oleh pihak RTM Ipoh kelmarin (21 Julai 2013).

 Temu ramah awal tapak semaian di Taman Klebang Putra, Chemor (off record)

 Temu ramah awal tapak semaian di Taman Klebang Putra, Chemor (off record)

Temu ramah awal tapak semaian di Taman Klebang Putra, Chemor (off record)



Sebelum ini bagi yang sedia maklum, kami telah diberi peluang memenuhi satu muka surat penuh artikel ruangan Agro di Harian Metro pada 5 Mac 2013. Liputan RTM semalam melonjakkan lagi perkongsian info penanaman KURMA kami ke tahap berbeza yang semestinya dapat mem'blast'kan banyak manfaat kepada semua pihak.

Rakaman awal pokok semaian di Taman Klebang Putra, Chemor 

Rakaman awal pokok semaian di Taman Klebang Putra, Chemor 

Rakaman awal pokok semaian di Taman Klebang Putra, Chemor 

Orang-orang kuat lokasi  :-)

Rakaman Teknik 'Make Over' Pokok Semaian


Terima kasih tidak terhingga kepada barisan krew RTM yang sangat bertungkus-lumus membuat liputan dalam keadaan panas terik mentari Ramadhan ke-12 petang kelmarin. Tidak lupa juga kepada pemilik Pokok KURMA semaian kami di Ampang, Ipoh iaitu saudara Mohd Azhan Bin Md Zain. Dan juga terima kasih kepada anda semua yang sudi meluangkan masa menatap 'post' kami ini.

 Rakaman sebeno. Berterabo ayat, gugup sampe tergagap-gagap  :-)

 Rakaman sebeno. Berterabo ayat, gugup sampe tergagap-gagap :-)


 Rakaman sebeno. Tang ni tak gugup dah.. Sebab tgh buat koje.  :-)

Rakaman 'Make Over' pokok dewasa 

Rakaman 'Make Over' pokok dewasa


All of you are Awesome..!! :-)


Kenangan bersama krew RTM. Dari kiri : Khairul Wo (Pemilik Klasik Niaga), Syful (Pakar Pembenihan Kurma), Soleh (Waris Syful), Izuan (Jurukamera RTM), Rashid (Pembantu Lokasi 2 RTM), GG (Pembantu Lokasi 1 RTM) dan Ain (Wartawan RTM)

Friday, May 17, 2013

SELAMAT HARI GURU 2013 : JASA KOME IDOK TERNILAI :-)

Assalamualaikum Tuan-Tuan, Puan-Puan dan Cik-Cik Guru serta para Murid yang dirahmati sekalian.

Tanpa Ibu, Bapa dan Guru kita, samada Guru dari lapangan Akademik mahupun Guru dari pelbagai bidang, kita tak mampu menempuh kehidupan dengan lancar.

Kepada para Guru, anda umpama PEPOHON KURMA yang mengeluarkan buah ilmu yang amat 'berkhasiat'.. Moga-moga dengan jasa-jasa anda terhadap kami, Allah memberi ganjaran yang amat setimpal dan melimpah ruah di akhirat kelak.  :-)


CIKGU ALI dari TASEK, IPOH. 12 November 2011, Pasar Tani Kampung Simee.




CIKGU SITI KALSOM dari SKUDAI. 16 Mei 2012, Karnival Hari Guru Kebangsaan, Kuala Kangsar.




CIKGU SHARIFUDDIN TAIB dari KUANTAN. 16 Mei 2012, Karnival Hari Guru Kebangsaan, Kuala Kangsar.



CIKGU ZULBAHRI ZAKARIA dari SEREMBAN. 16 Mei 2012, Karnival Hari Guru Kebangsaan, Kuala Kangsar.


CIKGU SHAMSURIYADI MAMAT dari KETIOR, KUALA KANGSAR. 16 Mei 2012, Karnival Hari Guru Kebangsaan, Kuala Kangsar.


CIKGU RAJUDDIN dari TAMAN JASA, KUALA KANGSAR. 16 Mei 2012, Karnival Hari Guru Kebangsaan, Kuala Kangsar.


Wednesday, April 24, 2013

ALHAMDULILLAH, Tersiar Artikel POKOK KURMA di Harian Metro :-)

 Akhbar : Harian Metro
Sisipan : Agro
Tarikh Artikel : 5 Mac 2013, Selasa
Mukasurat : V7



Wartawan : Aidi Emizul Rasidi
Emel : am@hmetro.my


Kami bersyukur sangat-sangat, sememangnya rezeki kami diberi peluang oleh pihak Harian Metro bagi penyiaran artikel ini. Terima kasih kepada saudara Aidi yang sudi dan berusaha bersungguh-sungguh mengatur pertemuan bagi merealisasikan artikel ini.




Walaubagaimanapun, terdapat Ralat tentang beberapa Fakta dalam penyiaran artikel tersebut. Ianya adalah seperti berikut :

1. Tajuk Sokongan - "Bekas guru..."
Ini pernah mencetuskan sedikit kontroversi. Untuk makluman anda, Syful bukan bekas Guru kerana tidak pernah menjadi Guru dalam bidang apa pun. Tetapi Syful merupakan bekas operator pengeluaran kilang yang kini menjawat jawatan Pembantu Tadbir dan perancangan masa depannya adalah 'Sendiri Boss, Sendiri Kuli'.

2. Perenggan Kelima - "...biji kurma yang dibuang ke longkang rumahnya menjadi pokok..."
Sebenarnya bukan menjadi pokok mahupun anak pokok, tetapi biji kurma itu cuma ditumbuhi akar sahaja, kemudian layu umpama 'Teratai Layu di Tasik Madu'.

3. Perenggan Kesebelas hingga Ketiga Belas - Keseluruhan Artikel dalam Perenggan-Perenggan Berkenaan
Bukan perkhidmatan yang kami tawarkan. Ianya cuma merupakan info yang terkandung di dalam Manual Penjagaan dan Pembajaan POKOK KURMA yang dibekalkan secara PERCUMA kepada para pelanggan POKOK KURMA kami.

Tu je yang berlainan Fakta nye pun. Pada kami Ralat dalam artikel berkenaan hanya perkara kecil sahaja. Tak mendatangkan apa-apa kesulitan terhadap kami. Malah kami berasa amat Terima Kasih dengan budi baik pihak Harian Metro secara amnya dan saudara Aidi khususnya di atas inisiatif 'deme' dalam penyiaran artikel tersebut. Hanya Allah sahaja yang mampu balas jasa kalian.

:-)