Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Tuesday, February 10, 2015

Masuk Jawi Lagi


Walaupun ketika ini bukan musim cuti sekolah, kami tetap masuk Jawi. Moga masuk Jawi kali kedua esok, dipermudahkan sepertimana kali pertama dolu-dolu.

Oh, ya! Kami maksudkan esok masuk berkhidmat di Institut Latihan Kecemerlangan MARA (ILKM), Jawi.wink emoticon

Kali pertama tempoh hari, Disember 2014, melaksanakan Adab Khusus Penanaman Pokok Kurma sebanyak 220 Pokok Kurma Madu dan 30 Pokok Kurma Ajwah.

Kali ini bermula esok melaksanakan pula Adab Khusus Penyelenggaran Berkala Pokok Kurma ke atas 250 Pepohon Tamar di situ.

Bermusafir buat kali pertama pada tahun 2015, dalam konteks misi Hang Kebun, yang dijangka selesai selewat-lewatnya pada hari Jumaat.

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Paparan Adab Penanaman Pokok Kurma di ILKM Jawi boleh ditekuni pada pautan http://syfultamar.blogspot.com/2014/12/kurma-pertama-ilkm-jawi.html
 — at Taman Klebang Putra.

Kurma Malaysia Agro Jurnal


Terima kasih kepada sekalian anda yang menonton "Kurma Malaysia" di Agro Jurnal, TV1 pada petang semalam. Sangat positif sambutan dan respon balas para penonton atas dokumentari terbitan RTM tersebut.

Kami hanyalah Hang Kebun marhaen, yang tidak punyai apa-apa. Namun garapan teliti dan 'awesome' oleh pihak penerbitan Agrojurnal telah menonjolkan seri dan seni perkongsian info oleh kami tentang Pepohon Tamar, sekaligus mengangkat kami ke tahap berbeza sama sekali berbanding sebelum ini. smile emoticon

Kami tak sempat pun menonton sampai habis semalam. Tidak tahu apa pertengahan dan bagaimana penamatnya. Sebabnya saling bekerjasama menyambut masuk panggilan telefon para responden. Jam 11.30 malam baru berhenti, termasuk penyantunan responden melalui sms, WhatsApp dan FB. Itupun sebab baik punya tertidur.wink emoticon

Tahniah kepada penerbit, Puan Aida dan penulis skrip, Puan Julie Jamaluddin serta krew penerbitan yang berkomitmen tinggi. Tahniah delegasi Syful Tamar keseluruhannya, samada yang terbabit secara langsung dalam penggambaran mahupun bertindak sebagai pemudahcara di belakang tabir.

Tak ketinggalan juga penghargaan tahniah dan terima kasih buat penonton serta responden yang prihatin terhadap kepakaran serta perkhidmatan kami dalam Pembenihan, Penyemaian dan Penanaman Pokok Kurma. smile emoticon

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Sedang siap siaga sambung berhubung para responden. Moh le. smile emoticon
 — feeling thankful atTaman Klebang Putra.

Jengka Sekeluarga


Minat yang mendalam kepada Pokok Kurma, telah membawa Tuan Abdul Rahman Ahmad dan keluarga ke Ipoh. Biarpun terpaksa bermalam di hotel pada hari sebelumnya, kedatangan keluarga dari Jengka ini ke RPT Pengkalan Pegoh Seberang, Lahat, kira-kira 7 jam sebelum tayangan "Kurma Malaysia" di Agro Jurnal TV1, adalah semata-mata mahu melihat sendiri Nerseri Mini Pokok Kurma kami.
Saling berkongsi info dalam luangan masa hampir 1 jam setengah, memberi kedua-dua pihak lebih kefahaman dan input tentang tanaman yang menjadi simbolik Tanah Arab serta Timur Tengah ini.
Walaupun telah sedia miliki Pepohon Tamar dewasa dan matang iaitu 2 pokok jantan dan 1 pokok betina, keluarga ini tetap juga membawa pulang 2 Pokok Kurma Ajwah, 16 Pokok Kurma Madu dan 500ml Supplimen BIO ORGANIK. Sebahagiannya mahu diwakafkan kepada masjid dan sebahagian lagi sebagai peneman 3 Pokok Kurma mereka di Jengka.
Tahniah dan terima kasih Tuan Abdul Rahman serta keluarga atas pemilikan tersebut. In Shaa Allah bertemu kita pada lain waktu. smile emoticon

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
ST : Inilah impak jalinan perkenalan di alam maya, kepada tautan erat dalam talian WhatsApp, dan seterusnya pertemuan mesra atas titian ukhuwwah sesama insan. Aturan Dia. smile emoticon

Sunday, February 8, 2015

Pemuda Kurma ;-)


Anak Muda

Pertumbuhan sel-sel baru membentuk dengan sangat produktif bagi menjelmakan semula riang ria remaja kami apabila membaca kenyataan FB Agro Jurnal ini. wink emoticon

Walaubagaimanapun, kelibat kami dalam Agro Jurnal petang ini, tidaklah kelihatan muda bergaya. Kerna pada masa itu, pada ketika rakaman penggambaran dibuat tempoh hari, kenyataan Agro Jurnal ini belum lagi keluar. wink emoticon


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Ada ke orang muda tapi tua..? Ada.. Sila tekuni Surah Al-Kahfi. smile emoticon

Ini Harinya... :-)


Friday, February 6, 2015

SYFUL TAMAR di Agro Jurnal


Ahad ini, 8 Februari 2015, jam 6.00 petang di TV1, nantikan kami dalam paparan Agro Jurnal melalui naskah "Kurma Malaysia" yang penuh dengan debaran dan aksi..!

Ya, debaran. Jelas kami berdebar ketika penggambaran tempoh hari. Ini pun masih tak surut lagi. wink emoticon

Aksi..? Ya, penuh dengan keterujaan aksi..! Tapi bukanlah aksi pergelutan Rajinikanth.. Cuma aksi kerja-kerja tugasan Hang Kebun yang bergajetkan changkhol di sisi.. smile emoticon

Tidak perlu tukar saluran tv kegemaran anda pada masa itu, juga tidak perlu anda membatalkan rutin mingguan anda bersama keluarga pada ketika itu.

Dokumentari tentang kepakaran kami dalam Pembenihan, Penyemaian dan Penanaman Pokok Kurma itu kelak hanyalah untuk tatapan anda yang benar-benar berkelapangan menonton pada masa itu. Utamakan keluarga anda, tiada yang peri penting melainkan luangan masa yang berkualiti bersama keluarga.

Kepada anda yang berpeluang menonton, ada 2 perkara yang kami perlukan daripada anda iaitu :

1. Perkongsian Info
Jika info berkaitan Pokok Kurma yang kami kongsikan nanti tidak jelas atau tidak tepat atau salah sama sekali, sila terus lontarkan teguran kepada kami samada melalui FB, emel (syful_tamar@yahoo.com) atau WhatsApp (0195709334). Manusia tiada yang sempurna, begitulah juga kami, golongan Hang Kebun marhaen ini.

2. Kaedah Penyampaian
Walaupun ini kali keempat diberi peluang menonjolkan diri di kaca tv, debaran dan gugup dalam perkongsian info masih belum pudar dalam penyampaian kami. Jadi, sila kritik kaedah penyampaian kami yang tidak efisien barangkali, yang jelas menjejaskan penerimaan dan pemahaman anda atas info-info yang dikongsikan. Penampilan kami sebelum ini adalah melalui Berita Wilayah RTM1 (Julai 2013), Majalah 3 (Jun 2014) dan Nasional5 TV1 (Oktober 2014).

Dokumentari "Kurma Malaysia" turut dijayakan melalui penampilan dan kerjasama khas oleh Puan Rodiah Khairul Gucci (penyelia Nerseri Mini Pokok Kurma), Tuan Mustafa Kamal Mat Isa (pengasas supplimen BIO ORGANIK), Puan Ummi Diera (pengasas bersama SYFUL TAMAR), Tuan Daniel Mustafa Kamal (pembantu 1), Tuan Ahmad Khairul Anuar (pembantu 2), jawatankuasa Masjid Muhibbuddin Shah, Ipoh yang diketuai oleh Ustaz Syed Muzaffar (Imam Besar), Tuan Mohd Azhan Md Zain (pemilik Pepohon Tamar), Tuan Abdul Hamid Dullah (pemilik Resort Sg Perak), Tuan AizatAzlina Ahmad Rosali (pembantu 3) dan warga SMKA Kerian yang diketuai oleh Ustaz Mat Isa Saud.

Tangguh kata, selamat menonton bagi yang berpeluang, dan moga sekalian kita memperoleh buakan dan viral manfaat atas 'debaran penuh aksi' kami itu kelak. wink emoticon

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Oh, ya! Rangkuman detik-detik penggambaran "Kurma Malaysia" boleh disantuni pada pautan http://syfultamar.blogspot.com/2015/01/rangkuman-penggambaran-agro-jurnal-rtm.html
 — with Khairul Wo and 3 others at Rpt Pengkalan Pegoh Seberang, Ipoh, Perak.