Minat yang mendalam kepada Pokok Kurma, telah membawa Tuan Abdul Rahman Ahmad dan keluarga ke Ipoh. Biarpun terpaksa bermalam di hotel pada hari sebelumnya, kedatangan keluarga dari Jengka ini ke RPT Pengkalan Pegoh Seberang, Lahat, kira-kira 7 jam sebelum tayangan "Kurma Malaysia" di Agro Jurnal TV1, adalah semata-mata mahu melihat sendiri Nerseri Mini Pokok Kurma kami.
Saling berkongsi info dalam luangan masa hampir 1 jam setengah, memberi kedua-dua pihak lebih kefahaman dan input tentang tanaman yang menjadi simbolik Tanah Arab serta Timur Tengah ini.
Walaupun telah sedia miliki Pepohon Tamar dewasa dan matang iaitu 2 pokok jantan dan 1 pokok betina, keluarga ini tetap juga membawa pulang 2 Pokok Kurma Ajwah, 16 Pokok Kurma Madu dan 500ml Supplimen BIO ORGANIK. Sebahagiannya mahu diwakafkan kepada masjid dan sebahagian lagi sebagai peneman 3 Pokok Kurma mereka di Jengka.
Tahniah dan terima kasih Tuan Abdul Rahman serta keluarga atas pemilikan tersebut. In Shaa Allah bertemu kita pada lain waktu. smile emoticon
ST : Inilah impak jalinan perkenalan di alam maya, kepada tautan erat dalam talian WhatsApp, dan seterusnya pertemuan mesra atas titian ukhuwwah sesama insan. Aturan Dia. smile emoticon
No comments:
Post a Comment