Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Saturday, February 28, 2015

Oh, Teratai Kurma Indah..!


26 Februari 2015 - Masa rehat seminar anjuran SME Corp. Malaysia di Hotel Grand Kampar, kami gunakan untuk bersua temu dengan Setiausaha Persatuan Kebajikan Orang Asli Batang Padang, Puan Teratai Bah Arom.

Bonda kepada 3 anak kecil dan permaisuri hati kepada Tuan Seto Tan, empunya empayar Seto Hardware di Tapah ini, berkongsi rasa pelbagai kisah dan cerita, termasuklah cetusan hajat memiliki Pokok Kurma.

1 Pokok Kurma Ajwah dan 1 Pokok Kurma Madu bakal 'bermastautin' di tanah subur milik beliau dan suami di Tapah.

Mengikut rekod pemilikan Pokok Kurma semaian kami, inilah kali pertama pemilikan oleh Bumiputera Orang Asli, juga kali pertama pemilikan oleh kaum Cina.

Lakaran sejarah baru tercipta tentang konteks kepakaran kami dalam Pembenihan, Penyemaian dan Penanaman Pokok Kurma sejak 2008. smile emoticon

Terima kasih dan tahniah Puan Teratai sekeluarga atas pemilikan Pepohon Tamar. Moga pemilikan tersebut mengeratkan lagi ukhuwwah kekeluargaan yang masih lagi hangat dengan sambutan Tahun Baru Cina pada minggu lepas. smile emoticon

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Terima kasih juga SME Corp atas jemputan dan alu-aluan penyertaan kami dalam penganjuran seminar berkaitan bisnes sepanjang hari tadi. smile emoticon
 — at Grand Kampar Hotel.

No comments: