20 Februari 2015 - Selesai peninjauan Pokok Kurma berbuah dan 5 Pepohon Tamar lain yang mati di Kompleks Taman Seni Islam, kami menelusuri pula Pepohon Tamar di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 10, Shah Alam.
Pada pengamatan kami secara rawak, di sini juga punyai 5 Pokok Kurma. Mungkin juga lebih, tidak dapat dikesan secara teliti oleh kami.
Merujuk kepada gambar, ianya adalah salah satu Pokok Kurma yang ada di situ dan merupakan yang paling tinggi. Ketinggian 4 Pokok Kurma yang lain lebih rendah dan renek lagi.
Tapi rupa paras dan keterampilan Pepohon Tamar di situ sama sahaja - berserabut, tiada cantasan pelepah usang, dihuni pokok-pokok tumpang, tiada kemasan pemotongan pelepah dan beberapa kriteria lain yang tidak sepatutnya 'dimiliki'.
Pepohon Tamar boleh hidup dalam keadaan sedemikian. Namun sekadar hidup, tiada potensi bagi pengeluaran hasil. Jika ada, itupun mengambil masa puluhan tahun bagi kemunculan bunganya.
Bagi warga Shah Alam khususnya, dan rakyat Selangor amnya, yang prihatin akan perihal ini, bolehlah indahkan semula Pepohon Tamar masjid negeri anda itu dengan mengaplikasi perkongsian percuma tentang Penjagaan dan Pembajaan Khusus Pokok Kurma pada pautan http://
Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://
ST : Persekitaran dan perlanskapan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sangat best... smile emoticon
No comments:
Post a Comment