20 Februari 2014 - Siar santai permusafiran petang hari telah mendorong kami menelesuri laman pintu hadapan Kompleks Taman Seni Islam di Seksyen 10, Shah Alam.
Kompleks yang bersebelahan dengan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ini, punyai Pepohon Tamar di halamannya. Apa yang menyedihkan, 5 Pokok Kurma di situ ada yang sudah mati, ada juga sedang tenat menanti mati. Tapi, apa yang mengagumkan, satu-satunya Pokok Kurma dewasa yang masih hidup di situ sudah berbuah..! smile emoticon
Buahnya tidak lebat, sama seperti Pohon Kurma yang berbuah di Masjid Negeri Sabah. Namun lebih besar saiznya berbanding buah pada 4 Pohon Ajwah di Masjid Muhibbuddin Shah, Ipoh.
Sempat kami bergambar dengan Pokok Kurma tersebut. Kami juga kutip buah-buah muda yang gugur di tanah. Jika anda singgah ziarah kelak, jangan pula ada yang gatal tangan petik buahnya dari pokok. Minta izin daripada pihak pengurusan terlebih dahulu.
Mengapa 5 Pokok Kurma lain di situ mati dan uzur..? Mengapa pula buah daripada pokok tunggal itu gugur tak sempat ranum..? Kami ada kupaskan perihal ini pada pautan http://syfultamar.blogspot.com/p/tips-dan-info.html. Scroll down hingga topik 1. 'MAKE OVER' POKOK KURMA dan 2. POKOK KURMA JANTAN DAN BETINA. In Shaa Allah anda bakal dibantu dengan pencerahan jitu.
Dengan izin-Nya, kami juga berjaya mengesan satu mayang bunga yang masih baru berputik. Kami mohon, jika sesiapa yang punyai bunga Kurma jantan, sila berlapang dada menyumbang untuk berkongsi pendebungaan dengan bunga Kurma betina di situ. Atau juga anda boleh berunding dengan pihak pengurusan agar membeli bunga Kurma jantan daripada anda. Masyuk kan.. smile emoticon
Bagaimana perlaksanaan pendebungaannya..? Bagaimana pula Pokok Kurma jantan pun mampu membawa hasil pulangan lumayan walaupun tidak berkeupayaan mengeluarkan buah..? Juga terpahat infonya pada pautan yang sama seperti di atas.
Tahniah secara khusus kepada pengurusan Kompleks Taman Seni Islam dan sekalian warga Shah Alam secara amnya, atas kurniaan rezeki Kurma berbuah.
smile emoticon
Namun tak lekang juga ucapan takziah daripada kami atas keuzuran dan kematian begitu sahaja Pepohon Tamar yang lain. frown emoticon
ST : Bagi meninjau lokasi-lokasi lain Pepohon Tamar yang berbuah di serata negara, sila klik pautan http://syfultamar.blogspot.com/p/blog-page_22.ht
No comments:
Post a Comment