Air GAU, keluaran Gau Baru Sdn Bhd, merupakan air bawah tanah (mineral), sumber dari Kampung Sungai Gau, Temerloh.
Air GAU, walaupun takrif harganya tidak semurah air sumber semulajadi lain yang setara dengannya, namun kualiti halal lagi thoyyibnya sangat bernilai tinggi dan maksima berbaloi.
Air inilah menjadi pengiring tamu bagi prospek yang berkunjung 'shopping' di Nurseri Mini Pokok Kurma kami di RPT Pengkalan Pegoh Seberang, Lahat, Ipoh.
Air inilah yang bertindak sebagai pembasmi haus merangkap pemulih tenaga ketika kami melaksanakan Adab Khusus Penanaman Pokok Kurma, menerajui Simbolik Penanaman Pokok Kurma dan menekuni Adab Khusus Penyelenggaraan Pokok Kurma para pemilik individu, masjid, sekolah, jabatan kerajaan serta badan berkanun.
Air inilah yang berfungsi sebagai pembasah tekak para wartawan dan krew penerbitan yang menyantuni kepakaran kami dalam Pembenihan, Penyemaian serta Penanaman Pokok Kurma.
Dibotolkan dalam pelbagai kapasiti isipadu, Air GAU di Ipoh dan Kuala Kangsar boleh didapati di :
1. Pasaraya KOHALAL Medan Gopeng, Ipoh (sebelah Jabatan Pertanian).
2. Pasaraya KOHALAL Taman Sultan Idris Shah, Kuala Kangsar (bawah pejabat RELA).
Inilah 2 lokasi lazim pembelian kami. Atau lebih mudah lagi, anda terus hubungi Tuan Haji Fadhil, pemilik KOHALAL di talian 0195732321.
Bagi mengetahui khasiat lanjut Air GAU dan meninjau deretan lokasi lain bekalannya, sila klik laman sesawang http://www.airgau.com
ST : Pasaraya KOHALAL merupakan peruncit dan pengedar produk keluaran Muslim tempatan serta luar negara.
No comments:
Post a Comment