Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Thursday, February 19, 2015

Kurma Wakaf Masjid Sultan Haji Ahmad Shah

15 Februari 2015 - Dalam pautan http://syfultamar.blogspot.com/2015/…/jengka-sekeluarga.html, dicoret tentang kunjungan Tuan Abdul Rahman Ahmad dari Jengka, ke Nerseri Mini Pokok Kurma kami di RPT Pengkalan Pegoh, Lahat, Ipoh.
Kemudian, pada sebelah pagi hari ini, dalam waktu yang hampir sama penglibatan kami dalam program kuliah bulanan di Kediaman Rasmi MB Perak, Tuan Abdul Rahman dengan kerjasama anak-anak tahfiz dan tenaga pengajar Maahad Tahfiz Alauddin, telah melaksanakan penanaman Pepohon Tamar Madu di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Bandar Jengka.


Tuan Abdul Rahman (baju t lengan panjang hitam) telah 'memasak teguh' saham akhirat beliau dengan perlaksanaan pewakafan Pokok Kurma.



Masjid Sultan Ahmad Shah dilestarikan dengan penanaman Pepohon Tamar.


Warga Maahad Tahfiz Alauddin mendapat pendedahan dan pengetahuan tentang Pokok Kurma yang mampu dikaitkan dengan silibus pendidikan; mungkin sains, mungkin pertanian, mungkin juga berkaitan penekunan ilmiah Islam.


Kami pula menjadi pemudahcara akan setiap peringkat dan peristiwa ketiga-tiga pihak tersebut.
Kolaborasi yang tampak harmoni. Syukur. smile emoticon

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
ST : Tahniah kepada sekalian anda, kerana menggerakkan aktiviti hujung minggu yang penuh bermanfaat itu. Moga sentiasa dinaungi rahmat Allah dalam setiap urusan kalian. smile emoticon

No comments: