Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Thursday, July 16, 2015

Kurma USJ


12 Julai 2015 - Tuan Said dari USJ, berurusan dengan wakil kami di Setapak bagi pemilikan 2 Pokok Kurma Madu.

Bakal ditanam di masjid khairiah beliau bagi mengindahkan lagi perlanskapan yang sedia ada.

Terima kasih dan tahniah Tuan Said atas pemilikan secara santai tersebut. 👍

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Wakil kami di Setapak, Tuan Alif Aizat boleh dihubungi melalui panggilan terus dan WhatsApp di talian 0192498323. 😃
 — feeling happy.

Kurma Miramin


10 Julai 2015 - Nyerhonyengan manis empunya empayar Miramin Collection, Puan Noraini, tatkala menerima 2 Pokok Kurma Madu, 1 Pokok Kurma Mariami dan 1 Pokok Kurma Shafawi. Pemilikan Pepohon Tamar tersebut adalah perkongsian bersama sahabat beliau, Puan Rahmah.

Walaupun dalam kesibukan menyiapkan banyak tempahan busana raya di butik pakaian dan jahitan yang beroperasi di tengah bandar Kuala Kangsar itu, Puan Noraini tetap menyambut kami dengan rasa ceria serta teruja. Terima kasih dan tahniah atas pemilikan tersebut. 👍😃
Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Kami menawarkan pemilikan POKOK KURMA 'Made In Malaysia' bonanza jimat berganda melalui promosi KOMBO KURMA RAYA. Pencerahannya berada pada pauhtan http://syfultamar.blogspot.com/2015/07/kombo-kurma-raya.html.
 — feeling happy.

Monday, July 13, 2015

Kombo Kurma Raya


Kami raikan berlangsungnya Ramadhan pada ketika ini berserta Syawal yang bakal tiba dengan tawaran promosi KOMBO KURMA RAYA, bermula 26 Ramadhan 1436 H (13 Julai 2015) hingga 10 Syawal 1436 H (26 Julai 2015). 😃

Tawaran pemilikan KOMBO KURMA RAYA ini terdiri daripada 4 item pemilikan, iaitu 1 Pokok Kurma Ajwah, 1 Pokok Kurma Madu, 1 Pokok Kurma Mariami atau Shafawi dan 500ml Supplimen Organik Pokok Kurma. Berbanding harga asal berjumlah RM195.00, kami cuma tawarkan dengan nilai HANYA RM150.00 bagi 4 item pemilikan tersebut. 😃

Bonus bagi anda yang menyimpan sisipan artikel Agro@com bertajuk Tamar Malaysia di Utusan Malaysia. Kami tawarkan pertambahan lagi 10% daripada tawaran sedia ada KOMBO KURMA RAYA. Menjadikan nilai KOMBO KURMA RAYA hanya RM135.00 sahaja..! Caranya hanya tunjukkan kepada kami sisipan tersebut untuk kami sahkan melalui cop SYFUL TAMAR. Seterusnya anda layak memiliki KOMBO KURMA RAYA + 10% diskaun. 😃

Saranan kami, rancang terlebih dahulu pemilikan KOMBO KURMA RAYA bersama insan tersayang anda. Setelah sepakat mencapai kata putus, barulah hubungi kami untuk tujuan pemilikan KOMBO KURMA RAYA. 😃

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Info lanjut tentang artikel Tamar Malaysia di Utusan Malaysia berada pada pautan http://syfultamar.blogspot.com/2015/07/utusan-malaysia-tamar-malaysia.html
 — feeling great.

Utusan Malaysia : Tamar Malaysia

Bacaan santai hari ini 📰🌴😃




Akhbar : Utusan Malaysia
Tajuk : Tamar Malaysia
Tarikh : 13 Julai 2015
Sisipan : Agro@com
Mukasurat : Mega 5-7


Moga info dan perkongsian di dalam artikel tersebut, menviralkan buakan manfaat kepada sekalian anda. In Shaa Allah. 😃
Oh, ya..! Kami ketika ini sedang melaksanakan promosi KOMBO KURMA RAYA yang hanya bernilai RM150 sahaja bagi pemilikan 3 spesis Pokok Kurma + supplimen Pokok Kurma..! 😃
Jadi, bagi anda yang simpan muka hadapan sisipan artikel (asli sahaja) itu, boleh menebus pertambahan lagi 10% daripada tawaran promosi yang sedia ada. Penebusan pertambahan lagi 10% hanya sah setelah dicop oleh SYFUL TAMAR. 😉

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
ST : Info lengkap tentang KOMBO KURMA RAYA boleh disantuni pada pautan http://syfultamar.blogspot.com/2015/07/kombo-kurma-raya.html

Kurma DiRaja Nurussalam

11 Julai 2015 - Pada jam 7.00 petang, secara rasminya, Masjid Batu 4, Kuala Rui, Gerik, telah dinamakan sebagai MASJID NURUSSALAM.
Ianya lantaran simbolik perasmian oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, yang memperkenan mencemar duli melaksanakan Adab Penanaman Pokok Kurma di situ. 🌴😃
Moga dengan perasmian masjid baru berkenaan, dapat menyuntik lebih banyak lagi elemen bersatu-padu di kalangan penduduk setempat melalui solat jemaah dan kehadiran dalam majlis ilmu yang dianjurkan oleh pihak jawatankuasa Masjid Nurussalam. 
👍

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogsot.com
ST : Ini merupakan tautan kedua oleh baginda Tuanku Sultan Perak dalam penyantunan DiRaja dengan POKOK KURMA 'Made In Malaysia'.smile emoticon Kali pertama boleh dirujuk pada pautanhttp://syfultamar.blogspot.com/20…/…/pokok-kurma-sultan.html.

Sunday, July 12, 2015

Prop Cemar Duli


Sebentar sahaja lagi, bakal berlangsung simbolik perasmian Masjid Batu 4 di Gerik melalui cemar duli oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah, melaksanakan Adab Khusus Penanaman Pokok Kurma. 🌴
Prop protokol DiRaja telah tersedia. Hanya menanti keberangkatan tiba baginda. 😃

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com
ST : Sejarah Ramadhan 1435 H telah siap siaga diulang pada Ramadhan 1436 H kali ini. 👍😃

Sejarah Berulang Lagi


10 Julai 2015 - Syukur, 'kawanan DiRaja' selamat sampai pada petang semalam di lokasi 'penghunian' baru di Masjid Batu 4, Gerik. Masih tegap di dalam pasu masing-masing. smile emoticon

Kami ada kongsikan misi 'kawanan' ini yang merupakan Pokok Kurma Madu, dalam pautan http://syfultamar.blogspot.com/2015/07/kawanan-diraja.html.

'Misi Ambil Bawa Pulang' Pepohon Tamar DiRaja itu dilaksanakan oleh AJK pelaksana perasmian DiRaja Masjid Batu 4, Tuan Haji Annuar Shadad dan isteri, yang berkunjung tandang ke Nurseri Mini Pokok Kurma kami di Taman Klebang Putra, Chemor. Ini merupakan kunjungan kedua oleh pasangan suami isteri ini. Kunjungan pertama sebelum ini ada kami titipkan pada pautan http://syfultamar.blogspot.com/2015/04/kurma-masjid-baru.html.

Moga perasmian masjid baru tersebut melalui simbolik penanaman Pokok Kurma oleh Sultan kami, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah berserta dengan para tetamu DiRaja dan VIP lain, dikurniai rahmat dan barakah serta berlangsung dengan jayanya.

Terima kasih pihak jawatankuasa Masjid Batu 4, atas kepercayaan terhadap kepakaran kami dalam Pembenihan, Penyemaian dan Penanaman Pokok Kurma. smile emoticon

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Sejarah bakal berulang lagi, selepas perasmian DiRaja masjid baru Ramadhan tahun lepas, seperti dalam pautan http://syfultamar.blogspot.com/2014/07/pokok-kurma-sultan.html smile emoticon
 — feeling excited in Gerik.