Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Thursday, July 30, 2015

Tiada Magis, Hanya Ikhtiar Kudus


29 Julai 2015 - "Mengharapkan magis supplimen organik Pokok Kurma ST."

Ini kenyataan penuh pengharapan oleh Tuan Riduan dari Kulaijaya, Johor. Beliau punyai Pokok Kurma yang berusia lebih 8 tahun yang masih tidak diketahui akan jantinanya kerana belum lagi pernah berbunga.

Beliau ada urusan di Rawang. Singgah bersua temu dengan wakil kami di Setapak, Tuan Alif Aizat bagi pemilikan 3 botol 500ml supplimen organik Pokok Kurma.

Apa yang kami mahu nyatakan di sini, tiada apa-apa magis tentang sebatian supplimen organik Pokok Kurma yang kami formulakan itu. Cuma ikhtiar kudus yang berkeupayaan menjadi jejambat kesuburan dan segar bugar Pokok Kurma milik Tuan Riduan, In Sha Allah.

Namun, tidak cukup sekadar bergantung kepada ikhtiar kudus kami itu. Tindakan luar biasa beliau sangat diperlukan dalam perlaksanaan ADAB KHUSUS PENYELENGGARAAN POKOK KURMA yang boleh disantuni dan diaplikasi melalui pautan :

http://syfultamar.blogspot.com/p/tips-dan-info.html

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Tahniah dan terima kasih Tuan Riduan atas pemilikan tersebut. 👍😃
 — feeling cool.

Kurma Etika Rasa


29 Julai 2015 - Tuan Fahmi dari Seri Manjung, kini bermastautin di Fair Park, Ipoh. Misi penghantaran khas petang tadi terus ke kediaman beliau.

Pemilikan 2 Pokok Kurma Ajwah, 3 Pokok Kurma Madu dan 500ml Supplimen Organik Pokok Kurma oleh Tuan Fahmi adalah hadiah kepada bapa beliau di Parit Buntar yang sememangnya telah lama mencari serta berhajat memiliki Pepohon Tamar.

POKOK KURMA 'Made In Malaysia' tidak mampu langsung menjadi jambatan dan pengikat kasih kedua beranak ini. Cuma berupaya menjadi penambah nilai etika rasa seorang anak dalam menggembirakan hati seorang bapa. 👍😃

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Terima kasih dan tahniah Tuan Fahmi sekeluarga atas pemilikan tersebut. 👍😃
 — feeling happy.

Dari Gerik Kunjung Tandang


28 Julai 2015 - Dari Gerik pasangan suami isteri ini datang. Berkunjung tandang ke Nurseri Mini Pokok Kurma kami di Taman Klebang Putra, Chemor.

Mesra disapa Pak Syed (kemeja biru) dan Kak Yah. Dipandu arah oleh anak saudara mereka, Tuan Harizal dari Sri Klebang, Chemor.

Pemilikan 1 Pokok Kurma Ajwah, 2 Pokok Kurma Madu dan 500ml supplimen organik Pokok Kurma bagi ditempatkan di halaman rumah mereka di Gerik.

Tahniah atas pemilikan tersebut. Terima kasih sudi berkunjung tandang ke Nurseri Mini Pokok Kurma sekangkang kera. 😃

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Moga hidup subur dan segar bugar POKOK KURMA 'Made In Malaysia' di bumi Gerik. 👍🌴
 — feeling happy.

Tuesday, July 28, 2015

Pemilikan KOMBO KURMA RAYA


Tawaran KOMBO KURMA RAYA telah berakhir pada 10 Syawal 1436 H (26 Julai 2015) tempoh hari. KOMBO KURMA RAYA..? Kami titipkan pencerahannya pada pautan http://syfultamar.blogspot.com/2015/07/kombo-kurma-raya.html.

Tahniah kepada senarai pemilik KOMBO KURMA RAYA, yang dilapangi rezeki seluas-luasnya memiliki 4 item POKOK KURMA ‘Made In Malaysia’ bagi setiap tawaran tersebut :

A. Pemilik Mutlak
1. Cikgu Rakiah, Bota. Peristiwa pemilikan pada pautan http://syfultamar.blogspot.com/2015/07/pemilikan-pertama-kombo-kurma-raya.html.
2. Puan Suhaili, Tronoh. Pemilikan 1 set KOMBO KURMA RAYA di Nurseri Mini Pokok Kurma di Taman Klebang Putra, Chemor pada 8 Syawal 1436 H.
3. Tuan Azman, Semenyih. Pemilikan 3 set KOMBO KURMA RAYA melalui wakil kami di Setapak pada 9 Syawal 1436 H.
4. Puan Intan, Kuala Kangsar. Pemilikan 2 set KOMBO KURMA RAYA melalui misi penghantaran khas di Lembah Kuala Kangsar pada 9 Syawal 1436 H.
5. Cikgu Haizal, Kulim. Pemilikan 2 set KOMBO KURMA RAYA melalui misi penghantaran khas di tol PLUS Kuala Kangsar pada 9 Syawal 1436 H.

B. Pemilik Menunggu (sudah buat bayaran, masih menyusun atur masa dan kaedah pemilikan)
1. Tuan Sharip Ali, Kajang - 2 set KOMBO KURMA RAYA
2. Tuan Fahami, Shah Alam - 1 set KOMBO KURMA RAYA
3. Tuan Mdean Deen, Bera - 3 set KOMBO KURMA RAYA
4. Cik Noor Azwa, Ipoh - 1 set KOMBO KURMA RAYA
5. Tuan Zaidi Salleh, Kulim - 1 set KOMBO KURMA RAYA
6. Tuan Mashaimi Jantan, Tampin - 1 set KOMBO KURMA RAYA
7. Puan Uteh, Kepong - 2 set KOMBO KURMA RAYA

Bagi 5 individu yang telah siap memiliki KOMBO KURMA RAYA, kami ucapkan tahniah seadanya. Moga kesinambungan POKOK KURMA ‘Made In Malaysia’ yang sihat dan segar bugar ketika bertukar tangan daripada kami, menviralkan kesuburan berganda-ganda tatkala dialih tanam ke lokasi tanaman sekalian anda. smile emoticon

Bagi 7 individu yang sedang siap siaga dalam pemilikan KOMBO KURMA RAYA, tahniah juga kami ucapkan bagi mengiringi keputusan anda mengambil peluang memiliki POKOK KURMA ‘Made In Malaysia’ premium pada harga minimum. smile emoticon


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA ‘Made In Malaysia’
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Oh, ya..! Nurseri Mini Pokok Kurma kami telah beroperasi seperti biasa pada 6 Syawal 1436 H selepas bercuti raya sejak minggu terakhir Ramadhan 1436 H. Tapi macam sebelum-sebelum ini juga, mohon hubungi kami terlebih dahulu sebelum singgah ziarah, kot-kot kami tiada di lokasi. smile emoticon
 — feeling happy atPOKOK KURMA 'Made In Malaysia'.

Monday, July 20, 2015

Kurma Berbuah Seantero Negara


Sempena 4 Syawal hari ini, kami belanja anda info bergambar tentang lokasi-lokasi Kurma berbuah di seantero Malaya-Borneo. 🌴🇲🇾

Ianya tersemat rapi pada pautan berikut :

http://syfultamar.blogspot.com/p/blog-page_22.html?m=1

Kami hanya ketemukan 17 lokasi sahaja. Mohon kepada anda yang tahu lokasi-lokasi Kurma lain yang tidak didendangkan kurniaan pengeluaran hasilnya, sila maklumi kami supaya dapat diarkibkan ke dalam pautan di atas.

Moga perkongsian tersebut menempiaskan serba sedikit manfaat khas buat sekalian anda. Selamat Hari Raya. 😃

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Oh, ya..! Pemilikan KOMBO KURMA RAYA cuma berbaki 7 hari sahaja lagi. Pencerahannya dititipkan pada pautan http://syfultamar.blogspot.com/2015/07/kombo-kurma-raya.html?m=1
 — feeling excited.

Saturday, July 18, 2015

Sayonara Ya Ramadhan


Pemilikan Pertama KOMBO KURMA RAYA


16 Julai 2015 - Cikgu Rakiah dan suami serta 3 anak mereka tiba di Stesen Minyak Caltex Talang, Kuala Kangsar pada jam 2.30 pagi.

Hanya singgah sebentar bagi meneruskan perjalanan dari kediaman mereka di Bota ke kampung halaman di Kota Bharu bagi meraikan Aidilfitri 1436 H.

Menurut keluarga ini, persinggahan di Kuala Kangsar adalah sangat berbaloi setelah mendengar penerangan ringkas dan padat tentang pemilikan KOMBO KURMA RAYA mereka. Kami balas rasa teruja mereka dengan menghadiahi sepokok Durian Belanda. Tambahan pula keluarga ini merupakan pemilik pertama KOMBO KURMA RAYA. 👍😃

Rasa ceria dan gembira mengiringi sambungan perjalanan jauh keluarga ini. Kami kira, sudah selamat sampai mereka ketika ini di Kota Bharu. 👍🚗💨

Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : KOMBO KURMA RAYA..??? Pencerahannya di pautan http://syfultamar.blogspot.com/2015/07/kombo-kurma-raya.html.
 — feeling Syukur.