Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Monday, July 14, 2014

Dari Anggerik Mall ke Sungkai


13 Julai 2014 - Best..! Syukur bebeno..! Apa yang dirancang berkesudahan dengan penuh bergaya dengan izin-Nya. Selesai penyerahan Pepohon Tamar kepada semua pemilik bagi edisi KEMBARA RAMADHAN IPOH - KLANG - SHAH ALAM - IPOH di tiga lokasi pusat pertemuan selama 2 hari.  :-)

Berganda rasa puas hati kami tatkala tergambar rasa puas dan gembira di wajah setiap pemilik pokok-pokok kurma tersebut. Walaupun kami berbeza latar belakang, dan majoriti daripada pemilik-pemilik berkenaan mempunyai status yang lebih tinggi berbanding kami, namun perihal pemilikan Pepohon Tamar menyamaratakan situasi dan menyatukan kami dalam diskusi serta sesi respon balas info dan pertanyaan tentang pelbagai aspek Pepohon Tamar.

Tahniah, syabas dan terima kasih kepada :

1. Kapten (B) Khairul Anuwar bersama isteri dan anak beliau - dari Bukit Kapar, datang ke Andalas. (Sabtu, 12 Julai). Kisah pemilikan beliau di pautan berikut : (klik di sini)

2. Puan Hasnah Osman bersama anak bongsu beliau - dari Bandar Sunway, datang ke Anggerik Mall.

Puan Hasnah Osman (kanan) dan Puan Ainon (kiri). Layanan baik kami dibalas double layanan baik daripada mereka berdua.  :-)  

3. Puan Ainon bersama anak saudara beliau – dari Bandar Saujana Putra, datang ke Anggerik Mall.

4. Tuan Daim Hussein - dari Port Klang, datang ke Anggerik Mall.

Tuan Daim Hussein bersama anak beliau. Pertama kali datang ke Anggerik Mall disebabkan pemilikan Pepohon Tamar yang ditempah beliau.  :-)

5. Tuan Zamri bersama anak dan isteri beliau - dari Gombak, datang ke Anggerik Mall.

Tuan Zamri (kanan) dan Tuan Dedi
Ihsan Andri (kiri). Mereka juga mewakili beberapa rakan mereka yang tidak berkesempatan hadir dalam penyerahan pemilikan dengan membawa balik pokok kurma rakan mereka tersebut.

6. Tuan Dedi Ihsan Andri bersama anak dan isteri beliau - dari Shah Alam, datang ke Anggerik Mall.

7. Cikgu Ismail – dari Felda Besout, datang ke tol Sungkai.

Cikgu Ismail di tol Sungkai. Tabik sungguh che'gu ni, dari jauh dan kejauhan malam, sanggup tunggu semata-mata mahu memiliki Pepohon Tamar yang dilamar.  :-)


Insha Allah, kita bertemu lagi di lain waktu dan ketika.  :-)


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA ‘Made In Malaysia’
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Ramai juga yang PM bertanya dari hari pertama hingga pagi tadi, ada lagi ke KEMBARA RAMADHAN di bumi Selangor..?  :-)

Friday, July 11, 2014

Senarai Akhir KEMBARA RAMADHAN


Ini adalah senarai akhir pemilik POKOK KURMA ‘Made In Malaysia’ sempena KEMBARA RAMADHAN kali ini. Seramai 8 orang yang telah memberi respon balas atas kempen kami pada pautan berikut sebelum ini :http://syfultamar.blogspot.com/2014/07/kembara-ramadhan-ipoh-klang-shah-alam.html

Pelbagai spesis Pokok Kurma dan botol isipadu supplimen BIO-ORGANIK yang ditempah oleh kelapan-lapan pemilik tersebut. Esok dan lusa kita bersua. 

Cukup.. Cukup.. Tempahan telah ditutup. Muatan sudah penuh. Insha Allah lain kali kita berurusan. Kini fokus kepada perkongsian info Pepohon Tamar kepada kelapan-lapan mereka berkenaan. 


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Doakan keselamatan dan kesejahteraan perjalanan pergi serta pulang kami ya, Tuan-Tuan, Puan-Puan dan Cik-Cik sekalian. 

NASIONAL.FM dan SYFUL TAMAR


Syukur atas ruang, peluang dan rezeki kurniaan-Nya sempena Ramadhan 1435 H. Rentetan liputan KOSMO! AHAD (29 Jun 2014) dan MAJALAH 3 (30 Jun 2014), NASIONAL.FM pula menggamit mendekati.

Petang semalam (10 Julai 2014), selesai sudah rakaman perkongsian info bagi segmen 'Kurma Malaysia' di NASIONAL.FM bersama DJ Safura. Terima kasih NASIONAL.FM, terima kasih DJ Safura. 

Bagi anda yang kepingin dengo suara lunak soprano kami ( ewahh..  ) dalam rakaman perkongsian tersebut di corong radio anda, boleh ikuti NASIONAL.FM pada Ahad ini (13 Julai 2014), jam 12.30 tengahari.

Bagi negeri Perak, saluran NASIONAL.FM adalah 90.9. Bagi negeri-negeri lain pula, idok le kami tau. 


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : NASIONAL.FM adalah liputan kami yang kedua bagi stesen radio selepas PERAK.FM pada tahun lepas seperti di pautan berikut http://syfultamar.blogspot.com/2013/11/live-on-air-perakfm-untuk-komeee-aje.html

Tuesday, July 8, 2014

KEMBARA RAMADHAN IPOH - KLANG - SHAH ALAM - IPOH



KEMBARA MUSAFIR kami diteruskan lagi. Kini dengan kempen KEMBARA RAMADHAN IPOH - KLANG - SHAH ALAM - IPOH.

Anda berhajat memiliki Pepohon Tamar..? Berada pada laluan IPOH - KLANG - SHAH ALAM - IPOH..? Kami bantu sekalian anda. Tidak perlu ziarah ke Ipoh, Pokok Kurma datang dalam dakapan anda.

Maklumkan kepada kami secepat mungkin sebelum 10 pagi 11 Julai 2014 (Jumaat). Tawaran ini akan ditutup apabila Pepohon Tamar itu tiada lagi ruang untuk dimuatkan ke dalam kenderaan kami. Siapa cepat, dia miliki.

Lihat jadualnya seperti dalam poster yang tertera. Kami akan hantar/PM kan info seterusnya kepada anda yang hubungi kami.

Inilah senarai terkini bakal pemilik KEMBARA RAMADHAN :

1. Puan Ainon, Bandar Saujana Putra - ambil di Anggerik Mall, Shah Alam.
2. Tuan Bob, Sepang - ambil di Sentosa, Klang
3. Tuan Armohd Zamri - ambil di Anggerik Mall, Shah Alam
4. Kapten Khairul Anuwar - ambil di Sentosa, Klang

Anda pula, bagaimana..?  :-)


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Boleh terus hubungi Telefon/WhatsApp 019-5709334 untuk sebarang pertanyaan dan pengesahan. :-)

Monday, July 7, 2014

Pepohon Tamar WAKAF Surau Al-Falah


POKOK KURMA 'Made In Malaysia' di samping 'rakan rapat', supplimen BIO ORGANIK sebelum penanaman di Surau Al-Falah

5 Julai 2014 - Pagi Sabtu yang cerah, melancarkan perlaksanaan PeWAKAFan Pokok Kurma oleh Tuan Haji Yani kepada Surau Al-Falah, Taman Chepor Indah, Chemor.

Diiringi oleh Pengerusi surau, Tuan Haji Yaakob dan salah seorang AJK surau, Tuan Haji Isa, penanaman dilaksanakan di perkarangan surau tersebut.

Penyempurnaan penanaman Pohon Tamar pertama oleh Tuan Haji Yani

Penyempurnaan penanaman Pohon Tamar kedua oleh Tuan Haji Yaakob (kanan) dan Tuan Haji Isa (kiri)

Selesai penanaman

2 Pokok Kurma PAKEJ GUGUSAN WAKAF : PAKEJ DINAR tersebut sangat dihargai oleh khairiah Surau Al-Falah, ditatang dan disayang, apabila selesai sahaja SOP penanamannya, terus dibina gegelung besi, susun atur bata dan pancangan kayu bagi menghalang pokok-pokok tersebut 'ternoda'.

Pembinaan penghalang 'noda'

Terlindung rapi

Tahniah Surau Al-Falah atas pemilikan 2 pokok kurma. Syabas Tuan Haji Yani atas perlaksanaan peWAKAFan.  :-)


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Ada sepokok lagi bakal diwakafkan oleh Tuan Haji Yani. Siapakah Penerima Manfaat yang terpilih itu..? Tuuungguuuu....  :-)

Sunday, July 6, 2014

PASTI Pertama Berpohon Tamar

1 Julai 2014 - Perlaksanaan PeWAKAFan Pepohon Tamar di Pusat Asuhan Tunas-Tunas Islam (PASTI), Taman Klebang Putra, Chemor telah mencetuskan suasana ceria kepada tenaga pengajar dan anak-anak yang belajar di sini.

Mana tidaknya, bilamana diizinkan keluar oleh Puan Anim, salah seorang tenaga pengajar PASTI di situ, terus sahaja anak-anak tersebut menyerbu mengelilingi Pohon Tamar yang baru selesai ditanam. Ada yang tesenyum lebo, ada yang menyentuh membelai lembut, ada juga berwajah serius meminta rakan lain menjauhi Pohon Tamar yang diwakafkan oleh empayar KEDAI EMAS CHE SU Sdn Bhd itu.


Mujur situasi terkawal walaupun mengambil sedikit masa tatkala sesi bergambar kenang-kenangan bersama Pohon Tamar. 

Tahniah dan syabas PASTI Taman Klebang Putra. Sesungguhnya tercatat sejarah sebagai PASTI pertama di Malaysia yang memiliki Pokok Kurma. 



Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Muat lagi sepohon tamar di PASTI Taman Klebang Putra. Ada dermawan yang sudi berwakaf..? 

Pohon Tamar Sempena Ramadhan 1435 H


Inilah individu terakhir yang memiliki Pohon Tamar akhir Syaaban, sebelum memasuki 1 Ramadhan 1435 H.

Puan Salbiah Binti Abd Rahman dari Taman Bukit Senyum, Lenggong, dihadiahi Pohon Tamar PAKEJ DIRHAM tersebut oleh anak beliau, Hasrizal Hussin.

Penanaman di tanah lapang belakang rumah beliau tempoh hari disaksikan oleh anak-anak yang lain dan saudara-mara penuh keterujaan.

Sempat berkongsi info penjagaan Pohon Tamar tersebut, kami mengharapkan ianya terus subur dan segar bugar dan mampu berbunga kelak. 


Syful Tamar (ST)
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Tahniah Puan Salbiah atas pemilikan, syabas Tuan Hasrizal yang dermawan.