Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Wednesday, September 11, 2013

Berita Wilayah RTM : 29 Julai 2013


Video liputan ini terus kepada pautan Facebook
Tonton juga video ini di Youtube

Setinggi-tinggi penghargaan kepada krew RTM Perak dan Harian Metro Ipoh yang sudi menjenguk kami.

Setinggi-tinggi kesyukuran atas doa anda sekalian yang sentiasa menyokong apa yang kami tempuh dan lakukan selama ini.

Selamat Menonton.. :-)


"SALING BERKONGSI MANFAAT"
Syful Tamar (ST)
http://syfultamar.blogspot.com/

Tuesday, September 10, 2013

Trip to RTM Angkasapuri


Tarikh 9 September 2013, bersama dengan Waris Pertama, kami menyelusuri ke RTM Angkasapuri menaiki tren jam 11.40 pagi dari Stesen Komuter Klang.

Alhamdulillah, satu pengalaman baru dan menarik yang mana kami dapat belajar pelbagai pengetahuan baru.

Yang pertama, bagaimana nak ke Angkasapuri menaiki tren dan melintasi ke seberang jalan menggunakan kemudahan jejantas yang disediakan. Tinggi menegak jugalah anak tangganya. :-)

Kedua, tempat pertama yang perlu dituju dan prosedur untuk memasuki Angkasapuri. :-)

Ketiga, baru tahu dalam kawasan Angkasapuri pun ada masjid. :-)

Keempat, kedudukan lokasi Perpustakaan TV di bangunan Wisma TV. :-)

Kelima, proses permohonan liputan yang kita pohon. Mudah je. :-)

Keenam, dapat tengok dengan mata sendiri suasana kerja di Perpustakaan TV yang dipenuhi dengan perkakas perkomputeran berteknologi tinggi. :-)

Dan terakhir, iaitu yang ketujuh, betapa professionalnya petugas yang mengendalikan Perpustakaan TV. Terima kasih tidak terhingga terhadap grup Perpustakaan TV atas kerjasama dan kemesraan dalam perkhidmatan yang diberi. :-)






                           Pandangan Pintu Gerbang Angkasapuri. Rakaman dari jejantas komuter.


                                                 Pagar Pintu Gerbang Angkasapuri







 Orang yang bertanggungjawab atas urusan kami di Perpustakaan TV, Encik Tarmimi. Sangat bagus perkhidmatan beliau. Good job!  :-)

 

 Surat Tawaran Kadar Bayaran bagi permohonan liputan RTM yang dikenakan sebanyak RM80.00 sahaja



 Akhirnya, kami dapat apa yang dihajati.  :-)

"SALING BERKONGSI MANFAAT"
Syful Tamar (ST)

Tuesday, September 3, 2013

Sumbangan Amal BERAS


KN Event (IP0394343-W) menjemput para dermawan untuk bersama-sama menyumbangkan apa sahaja bentuk sumbangan (kecuali wang ringgit samada dalam bentuk tunai, cek, kad kredit mahupun lain-lain medium sumbangan wang). Sumbangan BERAS adalah sebagai tema utama kepada Pusat Jagaan/Badan Amal yang terpilih.

 


Tiga Pusat Jagaan yang terlibat pada kali ini adalah:

1. 
Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim RAUDHATULJANNAH(Chemor, Perak)
* dahulu dikenali sebagai 
Pusat Jagaan Pertubuhan Kebajikan Asrama Anak-Anak Yatim Ar-Raudah 
http://anakyatimraudhah.blogspot.com/

2. 
Pusat Jagaan Pertubuhan Kanak-Kanak Cacat SETIA (Silibin, Ipoh, Perak)
http://www.pjkkcs.org.my

3. 
Pusat Jagaan SERI SETIA (Warga Tua) (Kampung Melayu, Ipoh, Perak)
http://pusatjagaanwargaemas.blogspot.com/
Ianya adalah sempena:

 



Saya mohon kepada Tuan-Tuan/Puan-Puan/Cik-Cik sekalian agar dapat bersama-sama membuat hebahan tentang Projek Amal ini melalui penyampaian terus kepada mana-mana individu atau kumpulan,  melalui perkongsian emel dengan kenalan dan melalui perkongsian info ini menerusi medium laman sosial kepada rangkaian anda.

Semoga sumbangan anda kelak dan juga atas usaha anda membuat hebahan ini mendapat balasan yang sangat baik samada yang dijangka mahupun di luar jangkaan anda, di dunia mahupun di akhirat sana. “More you give, more you get back”.

* Projek Amal ini akan bersambung pada November/Disember 2013 nanti di Mydin
Meru, Ipoh dengan 3 Pusat Jagaan/Badan Amal yang terpilih juga sempena Karnival Usahawan Online

*setiap kali Projek Amal sempena Karnival Usahawan Online menampilkan 3 Pusat Jagaan/Badan Amal yang berbeza

* tempahan untuk lot perniagaan Usahawan Online juga masih dibuka. Info lanjut, sila singgah ziarah di http://klasikniagaevent.blogspot.com

 


Monday, September 2, 2013

Waris ke-3 : 28 Ogos 2013




ALHAMDULILLAH, tepat 12.00 tengahari kelahiran di Pusat Perubatan Islam Ar Ridzuan. Kelahiran normal, 3.2 kg, bayi dan Umminya, Nur Nadira, sihat sejahtera dan selamat.

Seorang lagi puteri dengan nama NUR ILMU SYAHADAH.

Terima atas doa anda semua yang tak putus-putus sejak kemasukan ke wad. Terima kasih juga kepada anda yang telah datang melawat. Hanya Allah sahaja yang dapat balas budi baik kalian.

"SALING BERKONGSI MANFAAT"
Syful Tamar (ST)