Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Tuesday, September 3, 2013

Sumbangan Amal BERAS


KN Event (IP0394343-W) menjemput para dermawan untuk bersama-sama menyumbangkan apa sahaja bentuk sumbangan (kecuali wang ringgit samada dalam bentuk tunai, cek, kad kredit mahupun lain-lain medium sumbangan wang). Sumbangan BERAS adalah sebagai tema utama kepada Pusat Jagaan/Badan Amal yang terpilih.

 


Tiga Pusat Jagaan yang terlibat pada kali ini adalah:

1. 
Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim RAUDHATULJANNAH(Chemor, Perak)
* dahulu dikenali sebagai 
Pusat Jagaan Pertubuhan Kebajikan Asrama Anak-Anak Yatim Ar-Raudah 
http://anakyatimraudhah.blogspot.com/

2. 
Pusat Jagaan Pertubuhan Kanak-Kanak Cacat SETIA (Silibin, Ipoh, Perak)
http://www.pjkkcs.org.my

3. 
Pusat Jagaan SERI SETIA (Warga Tua) (Kampung Melayu, Ipoh, Perak)
http://pusatjagaanwargaemas.blogspot.com/
Ianya adalah sempena:

 



Saya mohon kepada Tuan-Tuan/Puan-Puan/Cik-Cik sekalian agar dapat bersama-sama membuat hebahan tentang Projek Amal ini melalui penyampaian terus kepada mana-mana individu atau kumpulan,  melalui perkongsian emel dengan kenalan dan melalui perkongsian info ini menerusi medium laman sosial kepada rangkaian anda.

Semoga sumbangan anda kelak dan juga atas usaha anda membuat hebahan ini mendapat balasan yang sangat baik samada yang dijangka mahupun di luar jangkaan anda, di dunia mahupun di akhirat sana. “More you give, more you get back”.

* Projek Amal ini akan bersambung pada November/Disember 2013 nanti di Mydin
Meru, Ipoh dengan 3 Pusat Jagaan/Badan Amal yang terpilih juga sempena Karnival Usahawan Online

*setiap kali Projek Amal sempena Karnival Usahawan Online menampilkan 3 Pusat Jagaan/Badan Amal yang berbeza

* tempahan untuk lot perniagaan Usahawan Online juga masih dibuka. Info lanjut, sila singgah ziarah di http://klasikniagaevent.blogspot.com

 


No comments: