Alhamdulillah, satu pengalaman baru dan menarik yang mana kami dapat belajar pelbagai pengetahuan baru.
Yang pertama, bagaimana nak ke Angkasapuri menaiki tren dan melintasi ke seberang jalan menggunakan kemudahan jejantas yang disediakan. Tinggi menegak jugalah anak tangganya. :-)
Kedua, tempat pertama yang perlu dituju dan prosedur untuk memasuki Angkasapuri. :-)
Ketiga, baru tahu dalam kawasan Angkasapuri pun ada masjid. :-)
Keempat, kedudukan lokasi Perpustakaan TV di bangunan Wisma TV. :-)
Kelima, proses permohonan liputan yang kita pohon. Mudah je. :-)
Keenam, dapat tengok dengan mata sendiri suasana kerja di Perpustakaan TV yang dipenuhi dengan perkakas perkomputeran berteknologi tinggi. :-)
Dan terakhir, iaitu yang ketujuh, betapa professionalnya petugas yang mengendalikan Perpustakaan TV. Terima kasih tidak terhingga terhadap grup Perpustakaan TV atas kerjasama dan kemesraan dalam perkhidmatan yang diberi. :-)
Pandangan Pintu Gerbang Angkasapuri. Rakaman dari jejantas komuter.
Pagar Pintu Gerbang Angkasapuri
Orang yang bertanggungjawab atas urusan kami di Perpustakaan TV, Encik Tarmimi. Sangat bagus perkhidmatan beliau. Good job! :-)
Surat Tawaran Kadar Bayaran bagi permohonan liputan RTM yang dikenakan sebanyak RM80.00 sahaja
Akhirnya, kami dapat apa yang dihajati. :-)
"SALING BERKONGSI MANFAAT"
Syful Tamar (ST)
No comments:
Post a Comment