Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Thursday, November 28, 2013

Tinjau Redah Tanah Che’gu :-)

Aktiviti hari ini sedikit lasak. Ewahh.. Idoknye lasak. Cuma meredah mengelilingi tanah seekar di Ulu Chepor milik guru subjek Reka Cipta teman masa di Clifford dulu, Tuan Haji Rajuddin Bin Kamarudin.



 Pandangan dari atas bukit

                                                                Pandangan dari kaki bukit

Aktiviti : Cadangan Projek Pemagaran Empat Penjuru Sempadan Tanah dengan Pepohon Tamar
Pemilik : Tuan Haji Rajuddin Bin Kamarudin
Keluasan : 1 Ekar
Lokasi : Ulu Chepor, Chemor


Pandangan dari sisi atas bukit

Banyak fasa perlu dilalui sebelum pepohon tamar boleh menjadi ‘penghuni’ di situ. Tanah perlu ‘diterangkan’. Sesiapa yang ada ‘backhoe’, boleh hubungi kami, Tuan Haji Rajuddin memang sangat memerlukannya.


Penerangan Tuan Haji Rajuddin tentang tanah beliau

Dalam perjalanan mendaki tanah yang berbukit, terdapat kesan tapak kaki dan bekas sondolan tanah oleh ‘kerbau pendek’. Memang betul pun, laju sahaja kelibatnya berlari-lari anak masuk ke hutan. Mujur si ‘kerbau pendek’ itu tidak menuju ke tempat kami, kalau tidak terpaksalah teman menggunakan teknik terakhir dalam aksi ‘bertempur tanpa senjata’ iaitu ‘langkah seribu’. :-)



Jalan masuk yang akan ditar

Tanah di sini subur, bersempadan dengan tanaman getah, sawit dan gaharu. Terdapat kolam takungan air untuk penyiraman tanaman kelak. Cuma perlu dibina pam air untuk proses penyiraman, kalau tidak, jenuh nak cedok.

Kolam takungan air

Selepas aktiviti tinjauan, dibincangkan mengenai kaedah dan kos penanaman. Alhamdulillah, Tuan Haji Rajuddin pada dasarnya bersetuju tetapi perlu ada fasa perbincangan yang lebih terperinci selepas ini.



Tuan Haji Rajuddin sedang meneliti dokumen yang kami sertakan dalam perbincangan



Syful Tamar (ST)
“ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY”
Pokok Kurma 'Made In Malaysia'

ST : Sebelom berangkat pulang, beliau hadiahkan teman 15 biji deroyan dari duson beliau di Manong. Kalo rope ini gayenya, tinjo tanah ari-ari pon idok mengape. :-)


Sedekah jariah deroyan daripada Tuan Haji Rajuddin

Bunga Jantan dan Kematian

Satu pengalaman menarik dan perit kami tempuh pada 26 November 2013, situasi sebelum dan selepas penanaman pepohon tamar Pakej Dirham di rumah Ustaz Hamdan Bin Abdullah di Botani, Ipoh.

Sebelum berangkat ke Botani, kami singgah terlebih dahulu di Kampung Sungai Tapah di Gugusan Manjoi bagi meninjau pohon tamar di tepi jalan berhadapan dengan gerai makanan. Apa yang menariknya, pokok kurma berkenaan sudah berbunga. Dan bunganya adalah bunga jantan…! Dan yang kesiannya pula, bunganya semakin kering yang akan mengakibatkan hilang kefungsiannya. Kenapa jadi sedemikian..? Kami akan kupaskan akan hal ini kelak.





Selepas selesai urusan di Botani, kami singgah pula di Masjid Sultan Azlan Shah berhampiran dengan Politeknik Ungku Omar (PUO). Apa yang ‘best’nya, ada satu pokok kurma yang baru dipindah alih ke situ. Dan yang paling menyedihkan pula ada satu pokok kurma yang lebih besar daripada pokok kurma yang ada, mati kekeringan juga akibat dipindah alih. Aduh.. Rugi, rugi.. Kenapa jadi sedemikian..? Kami akan kupaskan akan hal ini kemudian.







Syful Tamar (ST)
“ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY”
FB : Pokok Kurma ‘Made In Malaysia’

ST : Dua kupasan menarik akan dinukilkan bagi menyentuh dua isu seperti di atas, kefungsian bunga pepohon tamar dan mati apabila dialih tanam.

Wednesday, November 27, 2013

Bubur Deroyan Campur Jagung Bercicahkan Roti Paun… Sedaaaaappp… :-)


Mentari terik 2.30 petang 26 November 2013 mengiringi ketibaan kami di Taman Bougainvilla, Botani, Ipoh. Disambut penuh mesra oleh tuan rumah dan isteri, Ustaz Hamdan Bin Abdullah serta Puan Suraya, Syful Tamar bersiap sedia dengan peralatan khusus penanaman pepohon tamar Pakej Dirham yang ditempah.

Proses penanaman pepohon tamar Pakej Dirham oleh Tuan Maznan


Adik Farok, waris lelaki Ustaz Hamdan menjenguk proses penanaman pohon tamar oleh Tuan Maznan


Keterujaan jelas tergambar di kedua-dua wajah Ustaz Hamdan dan Puan Suraya sehingga sanggup menggantikan tanaman lanskap yang sedia ada untuk ditempatkan di beberapa lokasi strategik di halaman tepi rumah pasangan suami isteri ini.


Antara tanaman lanskap yang terpaksa di'substitute' bagi memberi laluan 'penempatan' pepohon tamar Pakej Dirham

Tercapai sudah hajat Puan Suraya yang mahu berlanskapkan pepohon tamar, yang sebelum ini beliau berikhtiar bersungguh-sungguh menjejaki pepohon tamar di nerseri tanaman di serata Semenanjung. Akhirnya, pencarian di enjin Google mempertemukan khidmat Syful Tamar dengan impian beliau dan suami. Kami juga berasa terharu dapat menjadi pemudah cara bagi merealisasikan impian Ustaz Hamdan dan Puan Suraya.  :-)


Selesai penanaman  :-)

Sempat juga kami berkongsi pengetahuan penjagaan pepohon tamar dan pepohon lanskap yang ada di sekitar halaman rumah Ustaz Hamdan ini. Tak lupa juga perkongsian kepakaran kami tentang kaedah penggunaan baja ‘Bioganic’ yang dimiliki oleh Ustaz Hamdan sebanyak 5 liter isipadu.



 Ustaz Hamdan dan Puan Suraya. Sangat mesra dan baik budi bicara.  :-)

Menjelang Asar, sebelum beredar pulang, kami disajikan dengan hidangan istimewa oleh Puan Suraya. Bubur Durian Campur Jagung bercicahkan Roti. Perrgghh… Jemaah kami yang bertiga ini bergilir-gilir menambah ‘mamam’ sajian tersebut. Sangat sedap dan sungguh istimewa! Terima kasih Puan Suraya.  :-)

Syful Tamar (ST)
“ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY”
Pokok Kurma 'Made In Malaysia'

ST : ‘Bioganic’merupakan formula baja organik yang dirumus khas oleh Syful Tamar khusus untuk kesuburan dan pembungaan pepohon tamar.

Kiyut Miyut Kan..? :-)

Comel-comel kan 'anak-anak' kami ni.  :-)









Gambo baru-baru 'lahir' masa tu. Sekarang dah hampir setahun dah usia 'deme'.

Membeso sihat dan sego bugo ya sayang sekalian. Nanti keluarkan hasil membuak-buak banyak tau.  :-)


Syful Tamar (ST)
"ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY"
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'


ST : Kenapa..? Masih terdetik ketidakpastian Pepohon Tamar (Pokok Kurma) mampu berbuah di Malaysia..?  :-) Untuk pencerahan 'spotlight', sila rujuk pautan ini http://syfultamar.blogspot.com/p/blog-page_22.html

Tuesday, November 19, 2013

Dilingkari Gegelung Besi Penghalang Noda


10 November 2013, delegasi Syful Tamar mendatangi SAHOM FARM RETREAT di Kampar bagi kerja-kerja penanaman dan pengemasan pepohon tamar Pakej Dinar yang ditempah. Kami disambut mesra oleh penyelianya, Tuan Yon pada petang itu.

Pintu Gerbang SAHOM FARM RETREAT


Pepohon Tamar penghuni baru SAHOM FARM RETREAT
 

Penanaman oleh Tuan Mustafa Kamal (Chief de Mission)  


Siraman formula suplimen pepohon tamar oleh Tuan Maznan


Salah satu pokok kurma yang ditanam di SAHOM FARM RETREAT
 
Di Sahom Farm Retreat sungguh segar udara dihirup, terpana akan keindahan dan kenyamanan gabungan alam semulajadi dan seni lanskap teliti. Apa yang ada di sini..? Resort, ladang sawit, kolam mandi, penternakan lembu, rusa dan kambing serta kolam pancing ikan. Ianya juga dikenali sebagai salah satu ‘Eco-Tourism’ negeri Perak. ‘Best’ kan..?  :-)
Tangga Batu Sungai. Kreatif kan..?


Suasana damai SAHOM FARM RETREAT

Sahom Farm Retreat telah menambah nilai perkhidmatan kami dengan idea meletakkan gegelung dawai besi yang ditempah khas selepas proses penanaman. Ianya bertujuan samada menghalang ‘dinodai’ oleh pijakan manusia mahupun pencerobohan haiwan ternakan. Tapi buat makluman anda, ianya tidak termasuk dalam pakej perkhidmatan kami. Sekiranya berminat, boleh, tetapi ianya satu perkhidmatan yang berlainan (‘up sales’ :-) ).




Penanaman pepohon tamar di SAHOM FARM RETREAT dalam lingkungan gegelung dawai besi
 
Terima kasih, Sahom Farm Retreat, terima kasih Tuan Yon.  :-)


Syful Tamar (ST)
“ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY”

ST : Untuk info lanjut berkenaan Sahom Farm Retreat ini, anda boleh kunjungi laman blog http://sfrperak.blogspot.com

Wednesday, November 6, 2013

Live ON AIR Perak.fm : Untuk Komeee Aje.. :-)

30 SEPTEMBER 2013 : Sesi bual bicara LIVE ON AIR di konti DJ Perak.fm bagi segmen "Bioteknologi dan Transformasi Pertanian Negeri Perak" bersiar pada jam 6.00 petang.







Perkongsian tentang penanaman Pepohon Tamar (Kurma) di Malaysia atas jemputan Perak.fm yang ke udara secara lintas langsung sempena AGROFEST Perak 2013 ini mendapat maklum balas selepas itu melalui emel, panggilan telefon dan ada yang datang terus ke booth kami bagi mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan Pepohon Tamar.  :-)

Alhamdulillah.  :-)


Syful Tamar (ST)
"ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY"
Pokok Kurma 'Made In Malaysia'

ST : Alhamdulilah, sehingga kini, koleksi wawancara media terhadap kami sudah mencecah TIGA liputan. HARIAN METRO, RTM1 dan terbaru, PERAK.fm  :-)

Saturday, November 2, 2013

Dari Ejen 'Upgrade' ke Stokis

 
 
Alhamdulillah petang Rabu (30 Oktober 2013) lepas kami dikunjungi seorang sahabat merangkap usahawan ejen yang semakin meningkat naik dari segi motivasi diri dan 'income'nya melaui bisnes sampingan sahaja. Diulangi hanya bisnes sampingan.

Tuan Syammil Azreen Shamsul Kamal masih dalam dunia pekerjaan dan beliau menjangkakan selewat-lewatnya lagi 2 tahun lagi beliau akan bersara awal bagi menjana pendapatan secara 'kaw-kaw' sebagai stokis melalui bisnes SELIPAR REFLEKSOLOGI CONCAVO CONVEX dan MINYAK ANGIN WANGI. Tapi kami pula mendoakan beliau lagi setahun sahaja lagi untuk bekerja.

Terima kasih atas kesudian kunjungan dan pelbagai perkongsian pengetahuan serta pengalaman kejayaan beliau pada petang tersebut. In Sha Allah beliau semakin Kaya dan Berjaya.


Syful Tamar (ST)
"ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY"
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

ST : Petang semalam (1 November 2013) beliau datang ziarah lagi. Betapa peri pentingnya 'recharge' kan..?
— with Syammil Azreen Shamsul Kamal.