Singgah Ziarah dan Like FB PAGE kami, POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

Hit by Crews

Monday, March 31, 2014

Ajwah dan Ustaz Roslan Mohamed




Ustaz Roslan sudi menanam POKOK KURMA 'Made In Malaysia' spesis Ajwah di depan pondok Dataran Ilmu KoTaRaJa selepas selesai jamuan aqiqah sempena Forum Perdana pagi Ahad tempoh hari.

Syukur, tangan yang menanam Ajwah sumbangan para pewakaf itu, penuh barakah. Terima kasih Ustaz Roslan.  :-)



Syful Tamar (ST)
"ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY"
http://syfultamar.blogspot.com

ST : Inilah di antara 'viral' manfaat Perlaksanaan Wakaf Pokok Kurma. Anda juga mahu berstatus Pewakaf..?  :-)

Sunday, March 30, 2014

Cenderahati Pokok Kurma

Ini rupanya pemilik-pemilik POKOK KURMA 'Made In Malaysia' dalam pasu tu.

http://youtu.be/ExwvKMM7Cho

Tahniah Datuk Abu Hasan Din Al-Hafiz, tahniah Ustaz Roslan Mohamed dan tahniah Ustaz Munawir Salehuddin.

Kami hadiahi pepohon tamar berkenaan sebagai tanda penghargaan ke atas ilmu yang disampaikan oleh Tuan bertiga sempena Forum Perdana di Kompleks Tarbiyyah Raudhatul Jannah (KoTaRaJa) pagi semalam (29 Mac 2014).


Syful Tamar (ST)
"ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY"
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Cun kan Pokok Kurma dalam pasu tu..? Memang khusus didekorasikan sebagai cenderahati untuk sebarang majlis. :-)

Pasu di Mana..?

http://www.youtube.com/watch?v=8KhNurzIu3Y

Oh, di sini rupanya POKOK KURMA 'Made In Malaysia' dalam 3 pasu kecil tersebut dibawa.

Di manakah tempat ini..? Majlis apa pula ini..? Siapa pula pemilik baru 3 pokok kurma tersebut..? Hmm..




Syful Tamar (ST)
"ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY"
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Tapi individu yang berbicara tu, pasti ramai yang kenal kan..?  :-)

Dekorasi Dalam Pasu


Penanaman POKOK KURMA 'Made In Malaysia' dalam pasu kecil pelbagai corak. Gabungan pokok dan pasu = cantik dan berseni.
 



Tapi kini sudah bertukar milik.

Siapa pemilik baru..? Mengapa dan bagaimana..?


Syful Tamar (ST)
"ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY"
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Rindukan pokok-pokok tersebut.

Friday, March 28, 2014

Tampil 'Bolen', Beraksi Seksi


Tak sangka pula Supplimen BIO-ORGANIK untuk tanaman KURMA, TIN, ZAITUN dan DELIMA ini 'bolen' je, idok 'berbaju'. Beraksi seksi pula tu, jarang menampakkan susuk dalaman 'tubuh'.

Terima kasih kepada Tuan Mohamed Yunus Hassan dari Sauk, Perak dan Tuan Sirdah Nasir dari JB, walaupun masih 'bolen', tuan berdua bertegas mahu juga memilikinya.  :-)





Syful Tamar (ST)
"ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY"
http://syfultamar.blogspot.com/
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

ST : Oh, ya. Minggu depan baru nak siap 'baju'nya. Lepas ni sopan santun dah.  :-)

Mencungkil Bata KoTaRaJa

27 Mac 2014 - Kerja-kerja mencungkil 4 biji bata lantai Dataran Ilmu di Kompleks Tarbiah Raudhatul Jannah (KoTaRaJa), Meru, Ipoh selesai pagi semalam.

Disambut dan dilayan mesra oleh Timbalan Pengerusi KoTaRaJa, Ustaz Azhan Ishak dan dua orang warga kerja KoTaRaJa, Ustaz Imran dan Tuan Nasir.








Kerja-kerja mencungkil bata ini adalah persediaan bagi sesi penyempurnaan penanaman POKOK KURMA 'Made In Malaysia' spesis Ajwah oleh Pengerusi KoTaRaJa, Datuk Abu Hasan Din Al-Hafiz sempena Forum Perdana yang bermula pada jam 9.00 pagi esok.

Datang beramai-ramai esok pagi ya di KoTaRaJa.  :-)


Syful Tamar (ST)
"ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY"
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Pokok Ajwah tersebut adalah sumbangan pewakaf. Ada pewakaf Pokok Kurma..?  :-)

Thursday, March 27, 2014

'Menyembelih' Bunga Kurma

25 Mac 2014 - Akhirnya bunga kurma Tuan Mahayuddin Yassin di Batu Gajah telah selamat dipotong pisah dari tangkai serta mayangnya.

Hidu dan hirup aroma bunga Kurma

Rakaman foto terakhir untuk bunga tersebut

Apa..? Mengapa..? Bagaimana..?

Insha Allah kami tak lokek untuk kongsikan info berkenaan kepada mana-mana pemilik yang Pokok Kurmanya sudah berbunga. Bukan apa, baru 'feel' nak kongsi info pemotongan bunga ini kepada individu yang memiliki Pokok Kurma berbunga.  :-)

Apa..? Sudah berpuluh tahun masih belum berbunga..? Cepat-cepat singgah ziarah ke http://syfultamar.blogspot.com/p/tips-dan-info.html

Kenapa pula ni..? Oh, tidak berpokok. Tidak mengapa, anda berdoa moga ada insan yang sanggup menghadiahi anda sepohon dua kelak.  ;-)


Syful Tamar (ST)
"ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY"
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

ST : Wahai pemilik Pokok Kurma yang berbunga, sila PM kami ya. Yang berbuah lagi thorbaek..!  :-)

Wednesday, March 26, 2014

Pepohon Tamar di Sauk

23 Mac 2014



 

Tahniah Tuan Mohamed Yunus kerana menjadi individu pertama menjadi pemilik POKOK KURMA 'Made In Malaysia' di Sauk.

Insha Allah seruan dan azam Tuan tentang pemilikan pepohon tamar secara meluas di Sauk dipermudahkan oleh Allah akan segala urusan perlaksanaannya.  :-)

  
 25 Mac 2014




Secara rasminya, penanaman POKOK KURMA 'Made In Malaysia' pertama di Sauk telah terlaksana. Tahniah Tuan Mohamed Yunus atas peristiwa bersejarah ini.

Pantau perkembangan Pepohon Tamar Ajwah dan Deglet Nour itu dengan perkongsian info Penjagaan dan Pembajaannya secara PERCUMA di pautan http://syfultamar.blogspot.com/p/tips-dan-info.html

Sekali lagi tahniah kepada Tuan Yunus dan isteri.   :-)

Hari Polis ke-207


Semalam, 25 Mac 2014, bukan sahaja Hari Gaji kakitangan awam dan badan berkanun, malah juga merupakan HARI POLIS.


Tabik hormat kepada keseluruhan anggota PDRM untuk sambutan ke-207 ini.

Seperti juga HARI PERTAHANAN AWAM ke-62 semalam, kami doakan semoga kalian sentiasa dirahmati dan diberkati Allah sepanjang melaksanakan tanggungjawab serta tugasan kepada negara. 


Syful Tamar (ST)
"ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY"
http://syfultamar.blogspot.com
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

ST : Awas Polis..! Sesiapa pun bertemu anda, semuanya sedaya upaya untuk menumpaskan anda..! Kenyataan ini merujuk kepada pasukan bolasepak PDRM yang kini gah menghuni takhta Liga Perdana tanpa sebarang kekalahan.  :-p

Tuesday, March 25, 2014

Pertemuan Sentap dan Tamar :-)




 

POKOK KURMA 'Made In Malaysia' itu bukan sekadar hadiah, tapi sebuah tanda penghargaan mewakili warga Kwale Kangso kepada Puan Anim Abu dan keluarga serta team Baja Sentap kerana menambah nilai kualiti dan kuantiti hasil tani penduduk di Kwale Kangso...  :-)
 

Kak Anim pula sudi kongsikan 2 beg Baja Sentap kepada delegasi kami. Tidak berlaku sistem barter di sini, hanya cetusan nurani saling menghargai dan syukur mensyukuri atas limpahan rahmat yang dinikmati.  :-)






Syful Tamar (ST)
"ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY"
http://syfultamar.blogspot.com

Monday, March 24, 2014

Hari Pertahanan Awam ke-62

Hari ini, 24 Mac 2014, merupakan HARI PERTAHANAN AWAM ke-62.


Kepada warga Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) termasuklah para sukarelawan yang terlibat, semoga kalian sentiasa dirahmati dan diberkati Allah sepanjang melaksanakan tanggungjawab serta tugasan kepada negara.  :-)


Syful Tamar (ST)
"ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY"
http://syfultamar.blogspot.com/
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

ST : Pertahanan negara perlu diperkukuhkan daripada dibolosi dengan mudah. Kenyataan ini merujuk kepada benteng pertahanan pasukan HARIMAU MALAYA.  :-p

Saturday, March 22, 2014

Pencen Mewah dan Baja Sentap

Hari ini pertemuan penting di Kwale Kangso secara berasingan dengan dua individu yang pakar dalam bidang masing-masing iaitu Tuan Mohamed Yunus Hassan, ketua delegasi Pencen Mewah Sauk dan Puan Anim Abu, empunya empayar Baja Sentap.

Perjumpaan dengan Tuan Yunus bagi membantu beliau memiliki kurma dan supplimen. Bukan kurma daging mahupun ayam, tapi POKOK KURMA 'Made In Malaysia' spesis Ajwah dan Madu. Bukan juga supplimen kesihatan mahupun kecantikan, tapi supplimen Bio-Organik khusus untuk tanaman kurma, tin, zaitun dan delima.

Bersua temu dengan Puan Anim dan suami, Tuan Ibrahim bagi mengukuhkan silaturrahim yang terjalin sesama alumni sepermentoran sambil menyedut aura keberjayaan deme untuk cetusan keluarbiasaan dalam setiap tindakan teman. Deme sekeluarga ada perkongsian Elmu pembajaan dengan para petani, pekebun dan penggemar tanaman di Kg Kapar, Kati hari ini. Puan Anim juga teringin nak tengok Pokok Kurma. Bukan setakat tengok, belai dengan manja pun buleh eh..  :-)

Insha Allah, segala urusan baik-baik kita dipermudahkan-Nya.  :-)

Syful Tamar (ST)
"ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY"
http://syfultamar.blogspot.cOM/

ST : Moh bersiap..!  :-)

Wednesday, March 19, 2014

Empunya Pokok Kurma Berbunga

Inilah empunya Pokok Kurma yang berbunga.



Tuan Haji Mahayuddin Yassin merupakan pemilik 3 Pokok di kebun beliau di Batu Gajah, Perak sejak 23 Ogos 2011. Dengan secara istiqomah mengikut tips penjagaan dan pembajaan serta petua yang dikongsikan secara PERCUMA oleh kami kepada beliau, tidak sampai 3 tahun salah satu pokok Kurma beliau sudah berbunga, sedangkan secara ilmiahnya Pokok Kurma mula berbunga dari usia 5-7 tahun.

Menakjubkan..!  :-)

Apa-apa pun, kami cuma berikhtiar, situasi yang menakjubkan ini berlaku atas izin Yang Maha Kuasa .  :-)


Syful Tamar (ST)
"ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY"
http://syfultamar.blogspot.com

ST : Nyerhonyeng lebo Tuan Haji.  :-)

Kerja Akhir 'Make Over'


Pakar penyelenggaraan dan perladangan Pokok Kurma, Tuan Maznan yang merupakan jemaah niaga Syful Tamar, sedang menjalankan khidmat beliau di kebun kepunyaan Tuan Mahayuddin Yassin di Batu Gajah, Perak.

Ini adalah salah satu daripada 3 Pokok Kurma yang ada di sini. Tuan Mahayuddin merupakan pelanggan yang memiliki ketiga-tiga Pokok Kurma ini pada 23 Ogos 2011. Dan salah satu daripadanya telah 2 kali berbunga.


Syful Tamar (ST)
"ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY"
http://syfultamar.blogspot.com
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

ST : Rutin 'Hang Changkhol'.  :-)

Video Liputan Lah Sangat : Kurma Beliau Berbunga Lagi

Tanpa wartawan, hanya kemunculan sebagai suara latar yang tenggelam timbul.

Watak utama adalah POKOK KURMA 'Made In Malaysia' yang berbunga milik empunya kebun, Tuan Haji Mahayuddin Yassin.




Syful Tamar (ST)
"ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY"
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Hasil karya 'Hang Changkhol'.  :-)

Tuesday, March 18, 2014

Kurma Beliau Berbunga Lagi :-)

Selepas Asar petang semalam, 17 Mac 2014, kami bergegas ke kebun Tuan Haji Mahayuddin Yassin di Batu Gajah. Ini adalah singgah ziarah kami yang kedua selepas kali pertama pada 15 Februari 2014 juga atas sebab yang sama iaitu Pokok Kurma beliau berbunga. Berbunga-bunga hati kami masing-masing. :-)

Salah seorang delegasi Syful Tamar, Tuan Maznan (kiri) bersama pemilik kebun, Tuan Haji Mahayuddin Yassin menunjukkan bunga kurma yang mekar 


Semasa kunjungan kami yang pertama sebelum ini (sila ke pautan http://syfultamar.blogspot.com/2014/02/kupasan-yang-mengelupas.html), kami sangat hampa disebabkan bunganya sudah kering, hanya tinggal mayang dan saki baki habuk bunga yang mengering. Dengan izin-Nya, kunjungan kali ini sangat menakjubkan..! :-)

Masuk sahaja perkarangan kebun beliau, aroma seakan-akan bau air mani menyambut ketibaan kami. Itulah dia aroma bau bunga kurma jantan. Bau ini hanya bertahan beberapa hari sahaja. Selepas itu tidak lagi berbau sedemikian, 'nuetral'. Bunga kali ini hanya terdapat 2 mayang setakat semalam, berbanding 6 sebelum ini. Satu sudah berkembang mekar, satu lagi masih tersisip rapi di dalam mayang.


Mayang Pertama



 


Mayang Kedua


Kami dan Tuan Haji Mahayuddin sendiri masih ingat lagi semasa kunjungan pertama, soalan daripada beliau, "Bila lagi Pokok Kurma ni nak berbunga balik..?" Kami maklumkan Insha Allah lagi 2-3 bulan. Tapi baru menginjak sebulan, sudah berbunga kembali. Lantaran daripada itu, semalam beliau membuat pengiktirafan sambil tersenyum lebo, "POKOK KURMA 'Made In Malaysia' kome, terbukti berkualiti tinggi dan sangat menjadi." :-) .Apa-apa pun, semuanya tertakluk kepada kuasa Yang Maha Esa. :-)


Syful Tamar (ST)
“ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY”
http://syfultamar.blogspot.com/

ST : Dalam hati ada bunga kurma. :-)

BEST! BEST! BEST!

"Be Excited Solat Today. BEST! Be Excited Solawat Today. BEST! Be Excited Sadaqah Today. BEST!"

-Abang Abu Mekanik$-





Syful Tamar (ST)
"ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY"
http://syfultamar.blogspot.com/
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

ST : Be Extraordinary Starting Today. BEST! :-)

Sunday, March 16, 2014

Hari Pengguna Sedunia 2014

Semalam, 15 Mac 2014, merupakan Hari Pengguna Sedunia.

Kami pengguna, anda pengguna, kita semua pengguna.

Selamat Hari Pengguna Sedunia 2014.  :-)


Syful Tamar (ST)
"ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY"
http://syfultamar.blogspot.com/
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

ST : Dan Insha Allah, kita insan berguna.  :-)

Lawatan Delegasi Kompleks JPS Ipoh

Tengahari 11 Mac 2013, nerseri mini SYFUL TAMAR di Pengkalan Pegoh Seberang, Lahat telah dilawati oleh delegasi Kompleks JPS Ipoh yang diketuai oleh Tuan Muhammad Zulkifli Bin Zaini, Penolong Pengarah JPS Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal.

  


Perkongsian info Pokok Kurma kepada delegasi

Kami bersyukur kerana dapat berkongsi tentang pelbagai topik berkenaan Pokok Kurma dan 'site presentation' kepada delegasi berkenaan semasa lawatan tersebut.


Jamuan ringan : Kurma Ajwah, Karipap dan Sirap

Moga dengan lawatan tempoh hari, dibuka oleh-Nya lembaran yang lebih luas tentang kerjasama antara SYFUL TAMAR dengan Kompleks JPS Ipoh. Insha Allah, segala niat dan urusan baik kita, diberkati dan dipermudahkan oleh-Nya.


Selesai lawatan


Berangkat pulang


Syful Tamar (ST)
"ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY"
http://syfultamar.blogspot.com/
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

ST : Nak tengok persekitaran mini nerseri di situ..? Nak tengok gambar atau nak datang melawat..?  :-)

Thursday, March 13, 2014

SYFUL TAMAR : Animasi Promo


Pengenalan berkenaan KEPAKARAN dan MISI 3P kami.


Syful Tamar (ST)
"ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY"
http://syfultamar.blogspot.com/
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

ST : Selamat menonton.  :-)

Tuesday, March 11, 2014

SENTOSA to ANDALAS


Memang ceria Tuan Roslan, ayahanda kepada Puan Ainil Nasyua Roslan, pemilik empayar #All_tudung_rm10 di Instagram.

Tuan Roslan dari Sentosa, Klang mewakili sahabat beliau dari Andalas Klang, Tuan Hairi, bagi menerima tempahan Pokok Kurma Pakej Perak.

Moga Pokok Kurma ini mampu mengindahi halaman banglo Tuan Hairi kelak secara maksimum.  :-)




Syful Tamar (ST)
"ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY"
http://syfultamar.blogspot.com/
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

ST : Bonzai Tamar di sebelah Pokok Kurma di dalam plastik itu, hanyalah hiasan prop semata-mata.  :-)

Dari Putrajaya ke KB



Inilah bapa kepada 4 orang putera termasuk sepasang kembar, Tuan Nikz Rich dari Putrajaya, Pakar Pendawaian Elektrik Bangunan dan Komputer, merangkap individu yang bergiat aktif menyedarkan masyarakat tentang betapa pentingnya daya tahan imunisasi tubuh dalam kehidupan manusia.

Beliau kini pemilik kepada 2 Pokok Kurma Pakej Perak yang akan dibawa pulang dan tanam di kampung beliau di Kota Bharu, Kelantan hujung bulan ini.

Terima kasih dan tahniah kepada beliau dan isteri, Puan Nikz Dya.  :-)


Syful Tamar (ST)
"ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY"
http://syfultamar.blogspot.com/
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

ST : Selamat menanam di Klate. :-)

Pulau PINANG to be Pulau TAMAR..?


Genap seminggu Tuan Muhammad Azizi kembali menabur bakti di kampung halaman beliau di Pulau Pinang selepas berkelana selama beberapa tahun di Ipoh.

Beliaulah individu yang bertanggungjawab merekacipta logo SYFUL TAMAR. Dan yang terbaru, rekaan yang berada di peringkat 'touch-up' terakhir, label botol supplimen Bio-Organik untuk tanaman Tamar, Delima, Tin, Zaitun dan Anggur.

Terima kasih kepada beliau, atas cetusan idea kreatif tersebut untuk delegasi Syful Tamar.

Terima kasih dan juga tahniah kepada beliau atas perlantikan sebagai wakil pemasaran baru kami di Pulau Pinang. Insha Allah minggu ini fail wakil pemasaran Syful Tamar sampai ke tangan beliau.

Moga kembalinya Tuan Azizi bermastautin ke negeri kelahiran beliau, dipermudahkan Allah bagi beliau memperoleh rezeki yang melimpah ruah. 







Syful Tamar (ST)
"ISLAMIC BIODIVERSITY TECHNOLOGY"
http://syfultamar.blogspot.com/
POKOK KURMA 'Made In Malaysia'

ST : 'Misi Mengurma' di Pulau Pinang kini bermula.